'12 tahun, jiran sendiri disyaki perompak…’ Sheila Rusly kongsi pengalaman buat ramai terkejut

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penerbit terkenal, Sheila Rusly berkongsi pengalaman mengejutkan yang berlaku di kawasan perumahannya.

Lebih mengejutkan, dedahnya. individu yang disyaki perompak merupakan jiran di hadapan rumahnya sendiri.

"Kejadian malam tadi. 12 tahun duduk gated dan guarded residential baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya dihuni perompak sewa," titipnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Sheila menerusi ruangan komen di Threads mendedahkan penjenayah itu sudah dicekup pihak berkuasa.

"Sudah ditangkap, tapi sis still rasa unsafe," titipnya.

No Image Caption

Bagaimanapun, Sheila yang juga ibu mentua pelakon Elisya Sandha tidak berkongsi lanjut hal sebenar yang dimaksudkan.

Warga maya turut berkongsi pengalaman tinggal di kawasan kediaman  berpagar dan berpengawal (guarded residential).

Artikel Berkaitan:

Ramai mendakwa lokasi berkenaan berpotensi besar disewa penjenayah.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang