Lisa Surihani berlepas ke Makkah, mohon dipermudahkan ibadah haji
PELAKON popular Datin Lisa Surihani berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Lisa Surihani Mohamed, 40, meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang dan jemputan untuk menjadi tetamu ALLAH bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.
“Dengan rendah hati, insya-ALLAH saya bakal berangkat untuk menunaikan ibaadah rukun Islam yang kelima.
“Perjalanan yang amat bermakna, sementara mengharap dan mendoakan moga dapat laksanakan jihad ini sebaik-baiknya,” kongsinya dalam Instagram hari ini.
Berkongsi video sayu berpisah sementara dengan tiga cahaya mata dan suami, Datuk Yusri Abdul Halim, Lisa menyerahkan seluruh ahli keluarga tercinta di bawah jagaan dan perlindungan ALLAH SWT.

Dalam menyahut panggilan ke Tanah Suci, duta Ariani itu menyerahkan seluruh ahli keluarga tercinta di bawah jagaan dan perlindungan ALLAH SWT.
“Semoga ALLAH SWT mengurniakan ketenangan dan rasa cukup dalam hati kami. Saya sayang dan rindukan kalian semua.
"Bismillah, semoga ALLAH SWT mengurniakan saya serta seluruh jemaah haji haji yang mabrur, bukan sekadar pulang dengan rasa lega tetapi juga jiwa yang diperbaharui. Allahumma Aamiin. Doakan kami juga ya,” katanya.
Untuk rekod, pelakon Manisnya Cinta di Cappadoccia itu mendirikan rumah tangga dengan berkahwin dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
