'Terima kasih sentiasa mendoakan’. Syafiq Farhain terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi dan anggota bomba, Syafiq Farhain, yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas dedikasi dan komitmen luar biasa dalam bidang tugasnya.

Menerusi perkongsian di media sosial, anak kepada penyanyi legenda dan vokalis Iklim, Allahyarham Saleem itu meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diterimanya.

Pemilik nama Nursyafiq Farhain A.M Salim, 32, memohon doa agar kerjaya seninya juga berkembang maju.

"Alhamdulillah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

No Image Caption

"Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Doakan juga perjalanan seni saya selepas ini makin lancar okay," titipnya.

Netizen tidak lupa mengucapkan tahniah buat naib juara Big Stage 2018 itu dan berharap akan terus mengekalkan perkhidmatan yang kecemerlangan.

Pelantun Kau Bidadari tersebut turut berkongsi foto sijil penghargaan yang diterima.

Syafiq yang merupakan anggota bomba di Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya dan pernah berkhidmat di Balai Bomba Dan Penyelamat, Tebrau, Johor.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Syafiq mendirikan rumah tangga dengan Alia Nadia pada 10 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang