Hafizah 30 juzuk, bekas pelajar pondok cemerlang 4.0 STPM. Kisah Tunku Nur Syakirah urus bapa strok runtun hati netizen

No Image Caption
A
A
A

PELAJAR cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025, Tunku Nur Syakirah Tunku Badruzzaman, 22, membuktikan status sebagai pelajar pondok dan cabaran keluarga bukan halangan untuk meraih kecemerlangan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.

Tunku Nur Syakirah bukan berasal daripada aliran pendidikan perdana, sebaliknya mendapat pendidikan awal di sekolah pondok. 

Dia yang juga seorang hafizah al-Quran 30 juzuk al-Quran dari Madrasah Nurul Iman, Batu Lima, Sik berkata, keputusan untuk menduduki peperiksaan STPM dibuat selepas memikirkan masa depan dan keadaan keluarganya serta demi mencapai cita-cita sebagai guru bahasa Melayu.

No Image Caption

Mengimbas kembali perjalanan akademiknya, Tunku Nur Syakirah mengakui laluannya sedikit berbeza berbanding remaja seusianya yang lain. Dia mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak lewat kerana mula belajar di sekolah pondok sejak berusia 13 tahun. Bagaimanapun, dia bersyukur  meraih 5A dan 1B dalam SPM .

"Saya ambil SPM lewat kerana sebelum ini saya belajar di sekolah pondok di Madrasah Nurul Iman, Batu Lima, Sik sejak berusia 13 tahun, alhamdulillah saya hafal 30 juzuk al-Quran.

"Saya berasal dari sekolah pondok dan pada usia 19 tahun saya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara persendirian sebelum menyambung pengajian di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin.

"Walaupun keputusan tidak sentiasa baik, kita perlu sentiasa berusaha, memperbaiki kelemahan dan menguatkan hubungan dengan ALLAH SWT," katanya. 

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dia bersama adiknya, Tunku Nur Sakinah, 20, yang sama-sama menduduki STPM dan PNGK 3.92 mengamalkan kaedah pembelajaran tersusun selain bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk menguruskan bapa terlantar akibat strok sejak 10 tahun lalu.

"Kami mandikan ayah, bantu keperluannya terlebih dahulu sebelum bersiap dan pergi ke sekolah," katanya.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, sebaik sahaja pulang dari sekolah, dia dan adiknya akan kembali mengambil alih tugas menjaga bapa mereka.

Tunku Nur Syakirah berkata, kejayaan itu adalah hasil pengorbanan ibunya, Sharifah Hasaniah Syed Hassan, 55, yang menjadi tulang belakang keluarga. Ibunya yang juga seorang suri rumah menguruskan keluarga serta keperluan harian mereka memandangkan si bapa memerlukan penjagaan yang rapi.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang