‘Terima kasih tolong masa berperang nyawa keluarkan Jarir’ - Amira Othman doakan Fattah Amin ganjaran syurga

No Image Caption
A
A
A

DETIK melahirkan cahaya mata sulung sememangnya satu fasa yang penuh dengan keajaiban dan perjuangan seorang wanita.

Bagi penyanyi terkenal, Amira Othman, pengalaman melahirkan anak pertama, Muhammad Jarir Umar menyaksikan pengorbanan suami tercinta, Fattah Amin.

Di sebalik keperitan menempuh fasa sarat mengandung sehinggalah bersalin, Amira menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas keberadaan Fattah  yang sentiasa setia di sisi.

No Image Caption

Menerusi perkongsian terbaharu di Insta Story miliknya, Amira secara terbuka meluahkan rasa terima kasih yang mendalam kepada Fattah atas segala pengorbanan, bantuan dan sokongan sepanjang perjalanan mereka menanti zuriat tersebut.

 "Terima kasih suami saya, tolong macam-macam mengandung selama bersalin selama berperang nyawa keluarkan Jarir.

"Moga ALLAH ganjarkan syurga untuk suami saya," titip Amira.

No Image Caption

Sebelum Amira bersalin, Fattah  dilaporkan sanggup memperlahankan seketika kerjaya seninya demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isteri tercinta. 

Artikel Berkaitan:

Memasuki fasa akhir kehamilan, Fattah mengambil keputusan untuk menolak sebarang tawaran kerja di luar kawasan atau komitmen yang memerlukan tempoh masa yang lama.

Amira selamat bersalin pada 6.20 petang Selasa di sebuah hospital di ibu negara.

Untuk rekod, pasangan popular ini diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang