'15 juzuk terakhir separa sedar...' Tasmik 15 jam 42 minit tanpa kesalahan capai Syahadah Ula, ibu dedah rahsia Tengku Umayr

Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh
Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh
A
A
A

SEORANG pelajar maahad tahfiz, Tengku Umayr 'Akef Tengku Asyraf, 16, mencatat kejayaan membanggakan apabila mencapai Syahadah Ula iaitu satu pengiktirafan tertinggi dalam perjalanan menghafal al-Quran.

Menerusi hantaran rasmi di laman Facebook Maahad Tahfiz Al-Fateh, kejayaan Tengku Umayr pada 2 Julai lalu disambut dengan penuh syukur oleh pihak sekolah dan keluarganya.

Ujian hafazan al-Quran tahap tertinggi ini menyaksikan ketabahan dan kekuatan luar biasa calon apabila perlu memperdengarkan keseluruhan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kesalahan yang sangat minimum.

Foto: Muhammad M Hasan
Foto: Muhammad M Hasan

Bermula seawal jam 4.30 pagi, Tengku Umayr telah duduk berhadapan panel ujian dengan penuh tenang sehinggalah berjaya melabuhkan bacaannya pada waktu malam dengan catatan masa rasmi sekitar 15 jam 42 minit.

Hasil daripada pengorbanan masa, fokus dan ketekunan, Tengku Umayr berjaya menamatkan ujian Syahadah Ula dengan gred cemerlang tertinggi dan markah 97.7 peratus!

Menyingkap rahsia di sebalik kelancaran luar biasa hafazan anak muda ini, ia rupa-rupanya tidak dibina di atas paksaan.

Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh
Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh

Ketika ditemu bual, ibu kepada Tengku Umayr menzahirkan rasa syukur yang mendalam atas kelancaran proses pembelajaran anaknya sama ada ketika berada di premis sekolah mahupun sewaktu bercuti di rumah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, salah seorang panel penguji, Ustaz Ahmad Lutfi berkongsi momen luar biasa anak muda itu memasuki mod separuh sedar dalam tempoh tasmik berkenaan.

"Bacaannya apabila masuk ke 15 juzuk kedua sudah masuk ke mod separa sedar tetapi bibirnya tetap kumat kamit bacaan ayat suci al-Quran.

"Yang lebih terharu bacaan dia tiada dari kami panel enam orang. Tiada yang dia lupa. Semuanya disemak hingga baris-baris hujung dalam kalimah.

"Di sebalik 15 jam itu, ada bertahun-tahun perjuangan. Perlu mengulang paling minima enam kali khatam setelah tamat 30 juzuk sebelum dia berjaya dalam ujian syahadah ula. Ini realiti sangat banyak pengulangan dan masa yang dihabiskan. Dia penat guru pun sama tapi nak jadi pemimpin nanti mentaliti kena kuat hati kena cekal dan sabar!" kongsinya.

Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh
Foto: Maahad Tahfiz Al Fateh

Dalam pada itu, guru berkenaan turut berkongsi keperibadian Tengku Umayr sangat menjaga adab sopan dan taat kepada guru sepanjang 1,260 hari menuntut ilmu di sana.

Malah, anak muda itu saling berpesan-pesan agar menjaga al-Quran, tidak bermaksiat agar memori bacaan tidak mudah 'hilang' dan cepat lupa.

Memiliki sistem sokongan yang kukuh yang terdiri daripada ibu bapa dan guru juga adalah resipi kejayaan remaja itu.

"Sepanjang pengamatan saya, saya lihat support system yang kuat antara formula kejayaannya. Kombinasi guru hafazan yang sangat komited ditambah mentor atau naqib usrah kerap menjelaskan hala tuju dakwah, akhlak, cara berfikir, biah dakwah dan tarbiyah di maahad menjadi formula terbaik kejayaan.

"Ibu ayahnya pun orang soleh Alhamdulillah. ALLAH berkuasa memilih mana-mana hamba-NYA untuk menjadi teman rapat al-Quran," titip guru itu lagi.

Dalam temu bual bersama stesen radio Era FM, Tengku Umayr yang mula menghafal al-Quran pada usia 12 tahun berkongsi mahu tadabbur kitab suci itu dan fokus membuat pesediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia selepas ini.

Sumber: Facebook, 1

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang