Do’zee Royal Blue tampil dengan teknologi 6 dalam1, detergen premium untuk keluarga moden
RUTIN mencuci pakaian yang kita lakukan hampir setiap hari sebenarnya ada kesan besar pada emosi dan keyakinan diri.
Bila baju bersih, wangi dan segar, mood nak melangkah keluar rumah pun automatik jadi lebih bersemangat.
Apatah lagi dengan gaya hidup sekarang yang serba pantas, ramai yang tercari-cari produk pengurusan rumah yang bukan sahaja membersihkan, tetapi pada masa yang sama memudahkan urusan harian.
Menyedari keperluan yang semakin berubah itu, jenama tempatan Do'zee kini tampil memperkenalkan Royal Blue, sebuah pencuci pakaian dengan formulasi 6-dalam-1 yang turut dilengkapi pensijilan Halal daripada JAKIM.
Menariknya, produk ini bukan sekadar pencuci biasa, tetapi menjadi simbol perjalanan panjang jenama ini yang bermula sebagai TOP5 pada tahun 2014, sebelum melalui penjenamaan semula pada 2018 demi memenuhi selera pengguna yang mahukan kualiti terbaik pada harga yang lebih mesra poket.

Pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SR Asia Resources Sdn Bhd, Datuk Dr Mohd Syukri Ibrahim berkongsi bahawa penghasilan Royal Blue ini sebenarnya lahir daripada hasrat untuk memberikan sentuhan yang lebih menyeluruh kepada setiap isi rumah.
"Royal Blue lahir daripada visi kami untuk menghasilkan produk penjagaan pakaian yang bukan sekadar mencuci, tetapi memberikan pengalaman premium kepada setiap keluarga.
"Kami percaya produk berkualiti tinggi seharusnya boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran di Puncak Alam baru-baru ini.
Langkah Do'zee ini juga dilihat selari dengan perubahan tabiat masyarakat sekarang yang lebih bijak menilai aspek praktikaliti.

Menerusi formula pelbagai fungsi, tugas membasuh baju tidak lagi terasa renyah dan amat membantu golongan yang sentiasa sibuk mengejar masa.
Menurut Mohd Syukri lagi, situasi harian pengguna hari ini yang mahukan sesuatu yang mudah, cepat dan berkesan menjadi pendorong utama inovasi tersebut.
"Sebab itu Royal Blue dibangunkan dengan formulasi 6-dalam-1 yang memberi penyelesaian lengkap dalam satu produk, termasuk aspek kebersihan, penjagaan fabrik, kesegaran dan haruman," jelasnya lagi yang mahu setiap pengguna merasai sendiri keselesaan optimum.
Selain memfokuskan kepada kualiti basuhan, aspek keyakinan pengguna turut diberi perhatian serius menerusi pematuhan standard halal yang diiktiraf.
Bagi beliau, pengiktirafan ini bukan sekadar pelengkap portfolio produk, tetapi satu tanggungjawab moral sebuah jenama tempatan kepada masyarakat.
"Bagi Do'zee, halal bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi melambangkan keyakinan, kebersihan dan tanggungjawab kepada pengguna. Kami mahu setiap keluarga menggunakan produk kami dengan rasa yakin," ujarnya.

Melalui pendekatan yang lebih santai dan dekat dengan hati masyarakat, Do'zee yang pernah merangkul Ikon Brand Award 2022 ini membuktikan bahawa produk lokal juga mampu memberikan kualiti yang setanding tanpa perlu membebankan perbelanjaan harian keluarga.
"Premium tidak semestinya bermaksud mahal. Misi Do'zee adalah membawa produk berkualiti tinggi yang boleh digunakan oleh lebih ramai keluarga Malaysia dengan keseimbangan antara inovasi, kualiti dan nilai terbaik," katanya lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
