‘Adik penyejuk mata abah…’ – Nukilan jiwa PU Riz buat Abdullah Abbas undang sebak
PENDAKWAH selebriti dan usahawan, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, berkongsi satu ucapan ulang tahun kelahiran buat anak keduanya, Abdullah Abbas.
Setiap kali tiba tarikh 11 Julai, suami kepada selebriti dan usahawan popular, Neelofa ini tidak lupa berkongsi coretan dan luahannya sebagai seorang ayah.
Menerusi Instagram Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan Abbas bukan sekadar seorang anak, malah sebagai ‘qurratu ain’ iaitu penyejuk mata buat dirinya.

"Abbas anak nombor dua abah. Tapi seperti Bilal, both of you are the love of my life. Segala yang makruf abah akan korban untuk anak-anak abah," tulisnya.
PU Riz juga memberikan pesanan dan berharap agar hubungan kekeluargaan yang dibina berlandas agama itu berterusan sehinggalah ke akhir hayat.
Dia turut meninggalkan pesanan agar apabila Abbas sudah mencapai usia mukalaf kelak.
"Dan seperti pesanan pada tahun tahun yang lalu, nanti adik sudah besar, sampai ‘mukalaf’ doakan abah.
"Bawa abah pergi masjid. Kita bina hubungan sebegitu sampai ‘tiba waktunya’.
"Jangan lupa cium abah seperti abah selalu buat pada Abbas. Semoga ALLAH pilih Abbas bawa agama Islam sebar seluruh alam," tambahnya lagi.

Coretan penuh bermakna itu diakhiri dengan ucapan selamat ulang tahun bertunjangkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada dirinya dan isteri, Neelofa.
"Selamat Ulang tahun sayang. Abah umi sayang abbas abada abada (selama-lamanya)."
Memuat naik foto Abbas yang memakai kostum adiwira Superman, rata-rata warga maya tidak melepaskan peluang memuji kecomelan si kecil itu.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofamendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Selain Abdullah Abbas, mereka memiliki anak lelaki sulung bernama Muhammad Bilal yang kini berusia empat tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
