Genap dua bulan Eyka Farhana dedah wajah anak, Muhammad Luay Khayr. 'Anugerah terbesar kami'
GENAP usia dua bulan, Eyka Farhana berkongsi foto anak sulungnya Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar.
Memuat naik foto si kecil, pelakon Ema Emyliana itu berkongsi coretan penuh kasih sayang buat putera tersayang, Luay.
"Masya-ALLAH tabarakallah, tengoklah siapa yang sudah masuk usia dua bulan hari ini!
"Gambar ini diambil masa awak berumur sebulan dan hari ini awak secara rasminya dah dua bulan. Cepat betul masa berlalu.

"Semoga ALLAH merahmati dengan kesihatan yang baik dan membimbing kamu menjadi seorang anak lelaki yang soleh.
"Selamat ulang tahun dua bulan Luay kesayangan mama. Mama sayang awak selama-lamanya," titip Eyka.
Sementara itu, suami Eyka, Akhyar Rashid turut berkongsi foto yang sama dengan kapsyen yang menyentuh hati.
"Anugerah terbesar kami. Kenalkan, Luay," titipnya.
Eyka terdahulu melahirkan Muhammad Luay pada 16 Mei. Dia dan Akhyar yang juga pemain sayap lincah Terengganu FC berkahwin pada pada 2 Mei 2025.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
