Dari hasil tangan usahawan desa ke meja keluarga, RisSMart bawa pengalaman beli-belah lebih bermakna
BAGI sesetengah orang, membeli-belah barangan dapur mungkin sekadar rutin mingguan. Namun, setiap pilihan yang dibuat sebenarnya boleh membawa makna lebih besar apabila ia turut menyokong usaha kecil masyarakat tempatan.
Itulah pengalaman yang cuba diketengahkan menerusi RisSMart Grocer di Urban Eats@Kwasa Damansara, sebuah ruang yang menghimpunkan pelbagai keperluan harian sambil memperkenalkan hasil produk usahawan Bumiputera luar bandar kepada lebih ramai pengguna.
Bukan sekadar tempat mendapatkan barangan dapur, RisSMart Grocer menjadi titik pertemuan antara pengguna dan pengusaha tempatan yang menghasilkan pelbagai produk berkualiti, khususnya daripada Usahawan Bimbingan RISDA.

Menerusi inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA bersama anak syarikatnya, RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd. (RAFI), usaha itu membuka lebih banyak ruang kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran peruncitan moden.
Daripada makanan segar, produk sejuk beku, barangan dapur hinggalah keperluan harian, pengunjung boleh menemui pelbagai pilihan dalam satu lokasi. Sehingga kini, lebih 269 produk keluaran usahawan bimbingan RISDA telah diketengahkan menerusi rangkaian RisSMart.
Menariknya, perjalanan produk-produk ini bukan sekadar berakhir di rak jualan. Para usahawan turut menerima sokongan dari segi penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, penetapan harga serta pematuhan standard kualiti dan keselamatan makanan.

Pendekatan itu membantu produk tempatan tampil lebih yakin, kemas dan mampu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.
Selain memberi pilihan kepada pengguna, konsep farm-to-market yang diterapkan turut membantu mewujudkan rantaian bekalan yang lebih dekat antara pengeluar dan pembeli.

Secara tidak langsung, pengguna dapat menikmati produk berkualiti sambil membantu mengembangkan perniagaan komuniti usahawan luar bandar.
Dalam suasana kos sara hidup yang menjadi perhatian ramai, pilihan berbelanja secara bijak pastinya menjadi keutamaan. Membeli produk tempatan bukan sahaja soal harga dan kualiti, tetapi juga satu bentuk sokongan terhadap usaha mereka yang membina perniagaan dari bawah.


Kini, RAFI mengendalikan 17 outlet RisSMart24 dan tiga outlet RisSMart Butchery, sekali gus memperluas akses pengguna terhadap produk keluaran komuniti tempatan di lokasi strategik.
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, RisSMart turut mengajak orang ramai menikmati hujung minggu dengan aktiviti lebih sihat menerusi RisSMart 5KM Fun Run yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2026 di Urban Eats@Kwasa Damansara.
Lebih daripada sekadar acara larian, RisSMart 5KM Fun Run menjadi ruang untuk komuniti berkumpul, meraikan semangat kebangsaan dan menikmati gaya hidup lebih seimbang. Pada masa sama, berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti sesi zumba, konsert mini, pertandingan Bakat Bintang Cilik RisSMart, pertandingan mewarna serta jualan kilat.

Selesai beriadah, pengunjung juga boleh meneroka pelbagai pilihan produk tempatan yang tersedia, menjadikan satu hari di RisSMart bukan sahaja penuh aktiviti, tetapi turut membawa nilai sokongan kepada hasil usaha anak tempatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
