Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia selepas lapan tahun berjuang dengan penyakit autoimun
PELAKON Lydia Ibtisam yang kritikal akibat menghidap penyakit autoimun meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di ibu negara, hari ini.
Berita duka itu dikongsikan aktres Mimi Ernida menerusi satu hantaran di Instagram.
"Assalammualaikum, Nur Ibtisam Binti Abdul Wahab (Lydia Ibtisam), 46, baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al- Fatihah," titip Mimi.

Allahyarham terdahulu dilaporkan kritikal apabila penyakit autoimun berkenaan sudah menyerang buah pinggang termasuk ada virus dalam perut, paru-paru dan darah.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elliza Razak menerusi satu hantaran Instagram berkongsi aktres era 2000-an itu menghidap penyakit autoimun sejak lapan tahun lalu.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
