'Setiap kali terima anugerah akademik, akan timbul 'kata-kata'...' - Siti Nurhaliza perjelas isu ijazah kehormat
BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini sekali lagi melakar sejarah peribadi apabila dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University.
Namun, di sebalik ucapan tahniah yang mencurah-curah, sudah menjadi adat resam dunia glamor apabila ada suara-suara sumbang yang mula mempertanyakan kelayakan anugerah tersebut.
Sedar dengan persepsi sedemikian, TokTi tampil memberi penjelasan.
Ujarnya, pihak Sunway University sebenarnya sudah menghantar surat penawaran pengiktirafan itu sejak tahun lalu.

"Tahun lalu pihak @sunwayuniversity menghantar surat kepada saya untuk pengiktirafan ini. Saya dan pengurusan mengundang wakil @sunwayuniversity ke pejabat dan bertemu, berbincang serta mendengar sendiri dari mereka, kenapa ijazah kehormat ini diberikan kepada saya.
"Saya tahu, setiap kali saya menerima atau dianugerahkan sesuatu dari institusi akademik, akan timbul 'kata-kata' yang sama. Saya rungkaikan di bawah ini supaya semua faham tentang ijazah kehormat yang saya terima semalam," kongsinya.
Artikel berkaitan:
- Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM, mahu cetus inspirasi pelajar- 'Ini bukan sekadar pengiktiran, tetapi tanggungjawab'
- Siti Saleha profesor adjung Taylor’s University. 'Teruja memulakan lembaran baharu...'
- Usia 61 tahun Pak Nil dilantik Profesor Adjung UM, berkobar ingin berkongsi ilmu tak fikir soal bersara
- Tahniah! Lebih 40 tahun berkarya, M Nasir bakal terima Anugerah Ijazah Doktor Persembahan
Bagi merungkai persoalan ramai, TokTi turut berkongsi kefahaman ringkas mengenai Ijazah Kehormat.
"Maksud Ijazah Kehormat (Honorary Degree):
Ia merupakan anugerah khas yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti tanpa perlu mengikut pengajian akademik secara formal. Ia diberikan sebagai tanda penghormatan tertinggi kepada individu yang telah memberikan sumbangan luar biasa, luar biasa impaknya, dan berterusan dalam bidang tertentu serta masyarakat.
"Pengiktirafan Bidang (Seni Kreatif & Media):
Pemilihan bidang ini mengiktiraf peranan dan sumbangan bakat, pencapaian mutu seni, kepimpinan serta impak seniman dalam meletakkan penanda aras industri muzik, seni persembahan, dan media tempatan mahupun antarabangsa," titipnya.
Dalam pada itu, Situ juga mengakui bersyukur menerima apa juga dianugerahkan.
"Terima kasih kerana sudi membaca. Dan selebihnya apa jua yang saya terima, saya sendiri tak pernah terfikir kerana saya hanya menjalankan tugas saya selama ini, apa yang datang selepas itu, saya syukuri," kongsi Siti.
Siti terdahulu menerima ijazah sarjana kehormat berkenaan pada Khamis.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
