'Cukuplah, jangan ganggu lagi' — Fazura rayu ruang ketenangan demi besarkan Fatima
PELAKON dan usahawan terkenal, Nur Fazura, merayu semua pihak agar menghentikan sebarang campur tangan dan gangguan terhadap kehidupan peribadinya.
Fazura menerusi siaran langsung di TikTok menegaskan fokus utamanya kini adalah untuk membesarkan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya dengan tenang dan saksama bersama bekas suami menerusi pendekatan co-parenting.
"Melalui proses ni, yang mana kami berdua nak co-parent sebaik-baiknya untuk Fatima. Harap tak ada lagi siapa-siapa yang di luar sana, sesiapa pun. Tidak kisahlah kawan-kawan atau orang luar tak perlu lagi mencampuri ataupun mengganggu niat baik kami berdua ni untuk co-parent untuk keharmonian anak kami.
"Yang hanya involve adalah Mommy Fatima, Daddy Fatima dan Fatima. Tidak ada orang lain lagi, okay.
"Jika anda semua kata nak rasa terlibat, boleh. Tapi Faz hargai, cuma syaratnya hanya doa yang baik-baik.
"Cakap yang baik-baik. Itu sahaja yang Faz mohon kepada anda semua," kongsinya.

Fazura dalam masa yang sama memahami dan menghargai keprihatinan orang ramai namun dalam masa sama menekankan betapa pentingnya menjaga kesihatan mental serta mewujudkan persekitaran yang tenang demi membesarkan anaknya.
"Dan satu lagi saya nak minta tolong kepada anda semua, saya adalah ibu tunggal yang bekerja. Saya harus membesarkan anak saya dengan mental yang baik dan ketenangan.
"Tolong jangan ganggu saya lagi. Tolong berhenti sekarang."
"Hari ini saya minta, tolong jangan ganggu saya lagi sebab saya seorang ibu tunggal. Bukan nak minta simpati, banyak ibu tunggal dekat luar sana. Tapi untuk saya, saya mohon kepada semua, cukuplah, cukuplah. Faz telah lalui banyak," ujarnya.
Mengimbas kembali ujian berat yang dilaluinya sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Fazura meluahkan rasa syukur dan merakamkan penghargaan buat mereka yang sentiasa menjadi pendorong.
"Selama dua tahun ni saya telah lalui terlalu banyak. Alhamdulillah saya bersyukur kepada ALLAH berikan kekuatan luar biasa.
"Terima kasih kepada keluarga dan kepada Fatima, menjadi kekuatan. Terima kasih kepada semua and of course my fans.

"Fom now on, saya dan Fatima akan sentiasa berdua untuk mengharungi semuanya.
"Saya mohon kepada anda semua, cukuplah. Jangan ganggu Faz lagi. Minta anda semua biarkan Faz membesarkan Fatima dengan sebaik-baiknya. Dengan tenang dan harmoni.
"Dan ingatlah bahawa jodoh, ajal, maut ni semua ALLAH sudah tentukan. Harap peminat-peminat Faz dan juga peminat-peminat Fattah yang dulu, terimalah bahawasanya sudah tiada jodoh antara kami.
"Dan Daddy Fatima pun sudah ada keluarga sendiri. Saya pun sudah ada hidup sendiri dan perlu bekerja. Faz perlu membesarkan Fatima dengan sebaik-baiknya. So di sini Faz nak terang kepada anda semua, we are okay.
"So fokus kami hanyalah kami bertiga, ya. Saya, daddy Fatima, dan Fatima. Hanya kami bertiga. Tidak ada orang lain lagi," kongsinya.
Terdahulu, bekas suami Fazura, Fattah Amin mengambil keputusan tegas untuk mengambil tindakan ke atas akaun laman sosial palsu yang dikenali sebagai ‘Musang Berjanggut’ yang didakwa melampaui batas dengan menyebarkan tuduhan tidak berasas.
Dalam masa sama, Fattah turut mempersoalkan bagaimana maklumat berkenaan berhubung isu yuran persekolahan anaknya boleh tersebar sehingga diketahui pihak lain, sedangkan perkara tersebut merupakan maklumat peribadi dan sulit antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
