Tun Mahathir, Tun Hasmah genap 70 tahun bersama, pernah kongsi tip bahagia. 'Tak suka sakitkan hati pasangan, kahwin sampai akhir hayat'

No Image Caption
A
A
A

TARIKH 4 Ogos 2026 maka genaplah 70 tahun usia perkahwinan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed dan isterinya, Tun Hasmah Mohamad Ali 

Tibanya tarikh bermakna itu, anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sempat menitipkan doa buat kedua-dua tokoh disegani itu menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya.

"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-70! Semoga terus diberkati ALLAH SWT dengan kesihatan yang baik, semangat kental dan bahagia dunia akhirat. #livelong #loveforever," titipnya.

No Image Caption

Menggamit kenangan, pasangan romantis itu bertemu ketika di Kolej Perubatan Edward VI di Singapura (kini sebahagian National of Singapore) pada tahun 1947 dan berkahwin pada tahun 1956.

SinarPlus sempat mengintai laman sosial negarawan tersohor itu dan menemui sebuah hantaran berisi nasihat serta tip kebahagian rumah tangga. 

Menerusi satu video santai November 2025, Tun Mahathir sempat berkongsi pendapat berkaitan isu rumah tangga yang kerap menjadi tajuk bualan hangat masyarakat.

Ujar beliau, sejak dari awal pembinaan keluarga, tradisi menyemai kasih hingga ke akhir hayat sentiasa dipegang teguh. 

Tegas Tun M, kunci utama ialah keharmonian adalah saling menjaga perasaan pasangan serta mengelakkan perceraian.

Artikel Berkaitan:

"Keluarga saya selepas berkahwin, jarang ada yang bercerai. Kita bila kahwin, akan bersama sampai meninggallah. 

No Image Caption

"Sebab saya tak suka nak menyakitkan hati orang. Kalau kita kahwin sekali lagi, anak kita akan berasa macam mana? Isteri kita rasa macam mana? Saya tak nak kenalkan mereka dengan tekanan-tekanan yang seperti itu," kongsinya.

Malah beliau juga sempat menitipkan nasihat untuk anak muda agar bernikah lebih awal dan menghentikan trend perkahwinan tanpa cahaya mata.

"Saya dapati anak muda sekarang dia lambat berkahwin. Kadang-kadang bila berkahwin pun tak mahu anak. 

"Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah kita ada aging population. Ramai yang semakin tua dan pengganti daripada golongan muda ni kurang. 

"Pendapat saya, kita perlu kahwin awal dan ada lebih banyak anak," tuturnya.

Sekadar info, pekahwinan Tun Mahathir dan Dr Hasmah diserikan dengan empat orang cahaya mata terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.

Selain itu, mereka juga mengambil tiga orang anak angkat.

Sumber: Instagram 1, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang