Tahniah Emelia! Baru 5 tahun, anak keenam Dr Sheikh Muszaphar sudah khatam al-Quran
MELENGKAPKAN didikan anak-anak dengan ilmu agama dan sahsiah terpuji sentiasa menjadi impian setiap ibu bapa.
Tidak hairanlah perkongsian Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie baru-baru ini mendapat perhatian ramai dan mencetuskan inspirasi.
Menerusi hantaran terbaharu di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi berita gembira mengenai anak kembar perempuannya, Sophea Emilia yang berjaya mengkhatamkan al-Quran awal daripada sasaran.
"Emelia is five years old and she just khatam al-Quran. Alhamdulillah," tulisnya.
Bukan sekadar meraikan kejayaan Emelia, beliau turut berkongsi perkembangan anak kembarnya, Sheikh Eusoff yang kini berada di juzuk ke-25 dan dijangka bakal mengikut jejak langkah Emilia tidak lama lagi.

Melalui pendekatan dan kaedah pembelajaran pembelajaran yang disesuaikan untuk kanak-kanak, Dr Sheikh Muszaphar meletakkan harapan agar anak-anak berupaya menguasai bacaan dan khatam sebelum memasuki usia enam tahun.
"Itu yang diharapkan, itu yang dijanjikan. Khatam sebelum enam tahun. Ya Rabb, Aminn. Salam Jumaat semua, just sharing, love as always," tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata mengagumi disiplin yang diterapkan oleh beliau dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos dalam mencorak pendidikan anak-anak.
Meskipun sibuk dengan pelbagai aktiviti harian termasuk persekolahan dan sukan, keutamaan terhadap pendedahan kepada al-Quran sejak usia tiga tahun membuktikan bahawa gabungan akademik dan agama mampu dibentuk secara seimbang.
Pencapaian kecil Emelia itu tentunya menjadi satu peringatan dan dorongan buat ibu bapa di luar sana bahawa tiada yang mustahil dalam membimbing si cilik mendekati al-Quran.
Tahniah diucapkan buat Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga, semoga kejayaan Emelia menjadi inspirasi buat anak-anak yang lain!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
