'Selamat datang Imane Laudya.' Intan Najuwa selamat bersalin anak kedua

No Image Caption
A
A
A

PELAKON popular, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan, pada Ahad.

Khabar gembira kehadiran ahli keluarga baharu tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi satu hantaran ringkas di media sosialnya.

No Image Caption

"Welcome to the world, our precious second baby girl, Imane Laudya," tulisnya.

Intan turut memuat naik sekeping gambar bersama si kecil itu dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman

Kelahiran Imane Laudya tentunya akan menceriakan lagi rumah tangga Intan.

Untuk rekod, Intan dan suami mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan telah dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Imane Lunara yang kini berusia setahun lapan bulan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang