'Imane Lunara & Imane Laudya rahmat terbesar dalam hidup' - Intan Najuwa syukur rezeki dikurnia 2 puteri, kongsi cubaan bersalin normal tidak berjaya
PELAKONDatin Intan Najuwa menzahirkan rasa syukur apabila kini memiliki dua orang puteri dalam hidupnya.
Menerusi hantaran di Threads, pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Hantu Punya Bos itu berkongsi perasaan gembira dan teruja dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga kecilnya.
"Imane Lunara & Imane Laudya dua rahmat terbesar dalam hidup saya," titipnya.
Terdahulu, pemilik nama Intan Najuwa binti Abdul Wahid itu reda cubaan untuk bersalin normal untuk kelahiran anak keduanya ini tidak berjaya susulan kedudukan si kecil ketika minggu ke-40 kehamilan yang tidak mengizinkan.

“Untuk yang tanya, tidak, saya tak berjaya untuk Vaginal Birth After Caesarean (VBAC).
"Kandungan sudah hampir cecah 40 minggu tapi posisi bayi tidak mengizinkan saya untuk melalui proses VBAC seperti yang saya harapkan.
“Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk teruskan dengan elective C-section secepat yang mungkin, untuk memastikan bayi lahir dengan selamat,” katanya.
Pun begitu, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman itu juga berkongsi bahawa fasa selepas bersalin kali ini lebih lancar dan penuh makna.

"Melahirkan anak dan melalui fasa berpantang kali ini, saya rasa jauh lebih kuat dan gembira.
"Mungkin sebab saya sudah mengjadi ibu kepada dua orang anak sekarang dan semua orang yang saya sayang ada di depan mata. Alhamdulillah untuk fasa hidup yang indah ini," titipnya.
Untuk rekod, Intan dan suami mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023 dan telah dikurniakan anak sulung perempuan yang diberi nama Imane Lunara yang kini berusia setahun lapan bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
