'Kasut emas lagi selepas 6 tahun' - Syifa Melvin bangga kejayaan Safawi Rasid rangkul Anugerah Penjaring Terbanyak, anak-anak suntik semangat 

No Image Caption
A
A
A

KEJAYAAN penyerang Kuala Lumpur City FC, Safawi Rasid merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan)  pada Liga M Awards 2025-2026. 

Safawi muncul pemenang bagi kategori Penyerang Tempatan Terbaik selepas meledak 13 gol sepanjang musim. 

Jumlah berkenaan cukup untuk meletakkan Safawi sebagai penyerang tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super musim ini, sekali gus memberikan pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada KL City. 

Pencapaian bermakna Safawi itu turut diraikan penuh kesyukuran isterinya, usahawan dan pelakon popular, Syifa Melvin. 

No Image Caption

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amir Melvin, 32, meluahkan rasa bangga atas pencapaian suaminya.  

Menurut Syifa, kurniaan anugerah kali ini terasa jauh lebih istimewa berbanding kali terakhir suaminya menang enam tahun lalu kerana kehadiran dua cahaya mata mereka. 

"Gambar trofi duduk hujung, yang penting aku bersiap hari ni! Tahniah suamiku, Kasut Emas lagi selepas enam tahun.  

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"This time lebih bermakna selepas ada punca semangat iaitu anak-anak. This is for them, promise us more to come Daddaa," tulis Syifa. 

Safawi pula berkongsi rasa syukur di platform sama dengan memuat naik foto anugerah yang diraih di samping dua cahaya mata mereka. 

"Still GOLD, top scorer#ligaMAwards #alhamdulillah," kongsinya. 

Terdahulu, pada 2022 Safawi muncul penjaring terbanyak Piala AFF 2020. Safawi atau nama penuhnya Muhammad Safawi Rasid dinobatkan Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20). 

Sekadar info, Safawi dan Syifa ini mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dan dikurniakan  sepasang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman, 3, serta Indah Suci Suleima, lapan bulan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang