'My little keeper!' – Aksi Ayden pertahankan gawang buat netizen sebak, puji ketabahan Bella Astillah
KASIH sayang seorang ibu bukan sekadar menyediakan keperluan asas, malah kehadiran dan sokongan padu dalam setiap fasa pembesaran anak menjadi bukti keutamaan keluarga bagi selebriti popular, Bella Astillah.
Meskipun sibuk dengan urusan kerjaya, ibu tunggal berjiwa kental itu tetap meluangkan masa turun ke padang demi menemaninya anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean menjalani sesi latihan bola sepak.

Menerusi perkembangan terbaharu yang dikongsi, Ayden dilihat makin menyerlah apabila menunjukkan minat serta bakat dalam posisi penjaga gol. Momen indah itu diabadikan menerusi sebuah hantaran video yang memaparkan kecekapan cilik berkenaan mempertahankan gawang.
Raut wajah tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu jelas memancarkan rasa bangga dan syukur yang mendalam tatkala melihat anak kesayangannya mengejar cita-cita di atas padang.

"My little keeper. Loved watching him train.
"Mummy loves you, Ayden," titipnya
Video memaparkan Ayden mempertahankan gawang menerima pujian daripada warganet. Rata-rata tersentuh dengan kekuatan Bella sebagai ibu tunggal dan anak-anak
"Bila tengok Bella bersama anak lelakinya, macam mana tak kagum dengan kekuatan dan tenaganya dalam menyokong anak-anak. Seperti kebanyakan ibu tunggal yang lain, saya berdoa semoga ALLAH SWT terus memberikan kekuatan dan rezeki berpanjangan kepada buat Bella sekeluarga."

"Ayden power betul jadi goal keeper!"
"Hebat Ayden, kecil-kecil cili padi. Sama macam mummy dia, kecil tapi power."
"Di sebalik anak yang hebat, ada seorang ibu yang memberi inspirasi, membimbing dan mencintai sepenuh hati. Keluarga penuh dengan kasih sayang, dan jiwa-jiwa yang hebat. Moga sentiasa dalam lindungan ALLAH."
"Anak yang aktif datang daripada ibu bapa yang aktif. Terbaik Bella sebagai mummy!"
Ternyata, momen indah tersebut membuktikan bahawa kejayaan dan keyakinan seorang anak bermula daripada sokongan padu sebuah keluarga.
Kehadiran Bella yang sentiasa berada di sisi Ayden bukan sahaja menyuntik semangat buat si cilik itu untuk terus menyerlah dalam bidang sukan.
Selain bola sepak, Ayden juga menyertai kejohanan sukan triathlon terkemuka dunia, Ironkids.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
