'Istiqamah berjemaah dalam hutan' - Malim gunung terharu 4 sekeluarga hilang di Gunung Gerah tetap disiplin jaga solat

No Image Caption
A
A
A

ENAMpendaki yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan gagal dikesan ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos telah selamat keluar dari Pos Kemar, pagi  Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah keluar dari Pos Kemar 8.30 pagi tadi dan tiba di Jeti Trojan, Tasik Banding pada 10.20 pagi.

No Image Caption

Seorang malim gunung dikenali sebagai Bhoji Golok, menzahirkan kekaguman kepada empat sekeluarga yang terlibat.

Menerusi satu perkongsian tular di laman sosial Facebook, dia sempat memuat naik foto bersama empat sekeluarga berkenaan semasa mendaki.

"Salah satu kekaguman aku pada mereka empat beranak, mereka tetap istiqamah solat berjamaah dalam hutan rimba," titipnya. 

No Image Caption

Warganet turut menzahirkan rasa kagum dan kesyukuran di ruangan komen.

"Mengejar pahala berjemaah,  Alhamdulillah."

Artikel Berkaitan:

"Apabila didikan tentang akhirat diutamakan, insya-ALLAH anak-anak pun menjadi manusia yang sayang kepada agama. Semoga anak2 terus istiqamah."

"Berjemaahlah walaupun berdua, banyak ganjarannya," ujarnya.

No Image Caption

Dalam hantaran tular berlainan, dia berkongsi pendakian trek pergunungan itu mencabar membuatkan perjalanan tertunda.

"Delay tiga hari normal sahaja bagi trip triple hardcore ini. Syukur Ya ALLAH, semua selamat, ALLAH lindungi mereka dan mempermudahkan urusan kami. Terima kasih pada semua yang doakan," titipnya.

Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos, selepas dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 Sept dan ahli keluarga membuat laporan polis pada Ahad.

Sumber: Facebook, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang