'Boleh ke beritahu teacher?' - Bella Astillah dedah anak-anak paling teruja terima berita bakal kahwin 

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah dan tunang, Syed Saddiq baharu sahaja berkongsi tarikh pernikahan mereka yang dijadualkan pada 10 Oktober depan. 

Bercakap kepada media, penyanyi lagu Pano dan Tapi Bukan Denganmu itu mendedahkan anak-anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna ialah yang paling gembira. 

"Mereka sangat gembira dan menantikan majlis ini.  

"Ayden bertanya kepada saya, bolehkah saya beritahu cikgu? Saya katakan, tidak, belum lagi," tutur Bella. 

No Image Caption

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah juga tidak menolak untuk mengadakan majlis untuk para peminat. 

"Insya-ALLAH memang ada pelan.  Nanti kita akan buat majlis yang lain," kongsinya.   

Bella dan Syed Saddiq mengumumkan tarikh perkahwinan pada 10 Oktober selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.   

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hubungan cinta mereka mula mendapat perhatian umum selepas mereka menjalin kerjasama dalam beberapa projek termasuk kempen promosi jenama serta inisiatif amal untuk membantu rakyat Muar.

Sumber: Instagram

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang