'Anak diterima tanpa kabel' - Fauzi Nawawi sendiri uji bakat Hanna Faresha, sempat buat 'casting' di rumah sebelum temu duga pengacara TV
PELAKON Fauzi Nawawi bersyukur anak ketiganya, Hanna Faresha mencapai cita-cita menjadi pengacara TV tanpa menggunakan sebarang saluran atau pengaruh keluarga.
"Alhamdulillah... anak saya diterima tanpa menggunakan apa-apa kabel pun untuk dapatkan tempat sebagai pengacara Wanita Hari Ini (WHI)," kongsinya.
Pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 itu juga mendedahkan sempat membantu Hanna membuat persediaan.
'Nurul Hanna sudah berkahwin dan ada anak seorang. Sebelum ini dia aktif sebagai model dan mula bergelar pelakon drama atas dorongan saya.
"Seminggu sebelum dia pergi temuduga, dia ada datang jumpa saya, tanya pendapat dan automatik saya suruh dia 'casting' dekat rumah.
"Saya uji bakat dia, kita 'set up' macam betul-betul set untuk pengacara.
"Kemudian apa yang saya nampak, memang dia berbakat," katanya.

Dalam pada itu, Fauzi melahirkan rasa lega dan bangga apabila Hanna berjaya mencapai kerjaya yang dicita-citakan sementelah ia sesuai dengan bidang pendidikan cahaya matanya itu.
"Dia minat dengan semua bidang ini. Dia cenderung kepada model, kemudian influencer dan bila sekarang jadi pengacara, saya lebih legalah.
"Saya nampak ada satu masa depan yang sangat cerah untuknya. Sebenarnya sebahagian anak-anak saya memang minat dengan seni.
"Sebab ada lagi separuh, lagi empat tak habis belajar lagi. Tak tahu lagi ke mana kecenderungan mereka. Empat yang sudah habis (belajar), Alhamdulillah masing-masing ada kehidupan sendiri," katanya.
Sekadar info, Hanna Faresha merupakan anak dari perkahwinan pertama Fauzi. Selain Hanna, dia dikurniakan empat anak iaitu Nurul Hainil Fatihah, Muhammad Fareez Hazwan dan Mohd Fikri Hakimi.
Fauzi yang bernikah dengan pelakon Lisdawati dikurniakan empat cahaya mata lain iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
Sumber: Berita Harian
Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/article/186208/selebriti-hiburan/hiburan-lokal/abah-saya-berjaya-sujud-syukur-atas-pentas-hussain-sebak-diumumkan-juara-big-stage-rocketfuel
#hussainjamilul #bigstage #sinarplus #lifestylesinarharian
Video: cloudwhhhh
Muzik: LNDO Building Bridges SoundStripe">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

