‘Cukuplah ayah dan ibu dia’ – Kamal Adli tak galak Hawra ikut jejak dalam bidang seni, dedah anak sudah faham situasi keluarga
PELAKON dan pengacara, Kamal Adli, terus menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal selepas berpisah dengan isterinya, Uqasha Senrose.
Sering memuat naik momen bermakna bersama puteri tersayang, Hawra Uqaira, 2, Kamal tidak menyembunyikan rasa syukurnya setiap kali berpeluang meluangkan masa bersama anak kecil itu.
Hampir setahun menjalani kehidupan selepas perpisahan, pelakon drama PL, I Love You itu mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan Hawra apabila berkelapangan. Malah, setiap peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencipta kenangan bersama.
"Saya dapat jumpa dengan Hawra bila saya lapang, itu pun saya sudah bersyukur sangat sebenarnya. Maknanya apabila saya hendak jumpa Hawra, saya just minta daripada ibunya. Kemudian kami akan set pukul berapa nak ambil apa semu. Cuma Hawra kami kena kawal masa tidurnya, kena hantar ikut timing.
"Sebelum 10 malam, saya sudah hantar dia. So the whole day yang saya dapat tu memang saya akan spend sehabisnya dengan dia sahaja.

"Kami buat aktiviti tanpa telefon. Saya tak ajar dia main phone, saya akan layan apa yang dia nak kita buat, biar sampai dia happy.
"Balik tu pun dia happy. Saya rasa dia seperti sudah boleh faham sekarang yang ayah dan ibu dia duduk tempat lain. Setiap kali kalau saya ambil pagi, dia akan excited pangil ayah dan sebelum keluar akan salam serta lambai ibu.
"Bila tiba waktu balik, dia sudah tahu kena balik. Dia salam dan melambai ke arah saya. Saya rasa dia sudah mula faham, bila keluar dengan ayah dan malam kena balik kepada ibu," kongsi Kamal.
Mengakui Hawra mesra dengan para peminat, Kamal yang ditemui SinarPlus ketika separuh Akhir Kilauan Emas Selebriti baru-baru ini mendedahkan, si kecil itu juga sudah mula memahami batas ketika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.
"Dia budak cerdik dan mudah faham. Dia fun dan tidak mudah merengek. Kalau keluar Bersama, saya akan handle 100 peratus, buat susu, tukar lampin dan semua. Tidur pun saya pegang, kalau dua jam pun saya peganglah.
"Saya akan make sure dia dapat bau saya. Saya akan make sure yang dia tahu ini ayahnya," tuturnya.
Menjadi anak selebriti yang sering menjadi tumpuan ramai, Kamal berkata Hawra seorang yang mesra, tetapi tetap mempunyai sikap berhati-hati terhadap orang asing.

"Dia dah tahu fasal stranger danger. Dia friendly dengan sesiapa sahaja tetapi dia takkan pegang orang tu. Bahkan, jika ada orang mahu pegang pun dia takkan pergi. Dia akan berlari peluk saya atau peluk ibunya.
"Tapi dia tak sombong dengan orang. Dia akan lambai atau buat flying kiss," kongsi Kamal.
Ditanya sama ada Hawra mempunyai kecenderungan dan minat dalam bidang seni, Kamal mengakui dia belum melihat minat anaknya ke arah itu. Sebaliknya, dia berharap Hawra dapat mengejar cita-cita sendiri dan memperoleh pendidikan yang baik.
"Buat masa ini saya tidak nampak lagi minatnya ke arah sana atau apa-apa berkaitan industri ini.
"Insya-ALLAH saya akan kerja kuat, saya akan kerja keras untuk berinya yang terbaik dalam pelajaran.
"So hopefully dia ada minat dalam bidang lain. Dia boleh minat tetapi saya tidak mengesyorkan dia ke sini (bidang seni).
"Pergilah buat apa yang bagus. Jadi doktor atau pilot. Saya akan kerah tenaga seboleh-bolehnya (bekerja untuk pelajaran Hawra). Cukuplah ayah dan ibu dia. Harap Hawra minat benda lainlah.
"Tapi kalau dia minat saya tak boleh paksa juga," tuturnya.
Sekadar info, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari 2026.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
