'Sudah boleh bercakap, mahu makan, hampir seperti biasa' - Marina kongsi perkembangan positif Tun Dr Mahathir
ANAK sulung mantan Perdana Menteri, Datuk Marina Mahathir berkongsi keadaan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertambah baik.
Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu dilaporkan sudah boleh bercakap dan menyatakan keinginan untuk makan.
Malah figura yang mesra disapa Tun M itu masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) itu semakin baik dan hampir kembali seperti biasa.

“Beliau semakin sihat. Boleh bercakap dan mahu makan, jadi okeylah. Hampir seperti biasa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis tahlil Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Selasa.
Majlis berkenaan dihadiri 200 pegawai dan bekas pegawai Dr Hasmah.

Dr Mahathir dan anak- anaknya, Tan Sri Mokhzani, Tan Sri Mirzan dan Datuk Seri Mukhriz selain kenalan rapat kedua- dua tokoh berkenaan turut hadir.
Allahyarham Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir di IJN, Kuala Lumpur, pada jam 9.20 pagi pada 28 September lalu sebelum selamat dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya pada hari sama.
Pasangan berkenaan yang berkahwin pada 1956 berkongsi hidup selama 70 tahun dan pernah mencipta sejarah pasangan pertama bekas ketua kerajaan masih hidup di Asia.
Sumber: Sinar Harian, Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

