Senyuman Tun Dr Mahathir ketika akikah cicit pertama undang perhatian, Ally Mukhriz luah rindu Tun Dr Hasmah

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS akikah cicit pertama bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi perhatian utama netizen selepas detik-detik penuh kesyukuran itu dikongsi di media sosial.

Bayi lelaki tersebut, Eden Zakaria Ezran Cheah, merupakan anak sulung kepada cucu beliau daripada anak Ally Mukhriz dan suaminya, Ezran Daud Cheah.

Menerusi hantaran di Instagram, Ally berkongsi Wajah Dr Mahathir yang kelihatan tenang dan kembali ceria selepas  meluangkan masa bersama cicit pertamanya itu. 

No Image Caption

Dalam hantaran yang sama Ally berkongsi rasa rindu yang mendalam terhadap nendanya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pada 28 September lalu.

"Hari ini berlangsung majlis akikah Eden, sehari selepas dia genap berusia dua bulan. Sangat bersyukur kerana semua dapat hadir bersama-sama meraikan hari istimewa ini. 

"Petang itu cukup indah dengan bacaan tahlil ringkas dan ucapan daripada ayah saya bagi mengenang arwah nenek tersayang. 

"Kehilangannya benar-benar dirasai. Kami sangat merindui Tok. Terima kasih kerana sempat meminjamkan gunting emas istimewa milik Tok kepada kami sebelum Tok pergi buat selama-lamanya," titip Ally.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Majlis akikah yang diadakan ketika Eden berusia dua bulan ini turut diselubungi suasana hiba.

Selain meraikan kelahiran Eden, majlis tersebut turut diisi dengan bacaan tahlil ringkas serta ucapan daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi mengenang pemergian arwah ibunya.

Untuk rekod, Eden Zakaria yang dilahirkan pada 16 Ogos 2026 merupakan cicit sulung dalam keluarga besar Dr Mahathir. 

Perkongsian momen-momen indah itu dihujani doa dan kata-kata semangat daripada rakyat Malaysia yang mengharapkan agar Dr Mahathir kekal sihat serta diberikan kekuatan di samping keluarga tercinta.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang