'Mat Saleh luar biasa' - Raja Ilya dedah suami hantu durian, makan berbiji-biji, sanggup cari walaupun bukan musim!
PELAKONRaja Ilya berkongsi gelagat suaminya, Trent Garret, yang rupa-rupanya seorang peminat tegar durian meskipun berasal dari Australia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Raja Ilya menyifatkan suaminya sebagai individu luar biasa kerana bukan sahaja menggemari Raja Buah itu, malah sanggup berusaha mendapatkannya.
“Trent ni version Mat Saleh luar biasa… mat saleh lain lari kalau bau durian tapi dia pula, will hunt and stay sampai makan durian berbiji biji," kongsinya.
Lebih menarik, biarpun kepulangan ke Malaysia kali ini bukan pada musim, suaminya menerima kejutan daripada individu penting dalam keluarga yang membawanya mendapatkan durian.

“Masa bukan musim durian ni, someone very important in our family surprised him dengan pegi kutip sendiri durian di ladang di Parit Buntar, Perak.
"Kali ini bukan kali pertama dia (suami Raja Ilya) buah kegemarannya Black Thorn tapi dapat pengalaman buka sendiri and makan di kampung. Serius ia sangat berbaloi," kongsinya”

Menerusi perkongsian itu, Trent bukan sahaja berpeluang menikmati durian kegemarannya, malah dapat merasai pengalaman membuka buah berkenaan sendiri dan menikmatinya di kampung.
Gelagat Trent yang begitu bersungguh-sungguh menikmati durian mencuit hati, apatah lagi apabila dia sendiri menunjukkan kemahiran mengupas buah itu.
Anak sulung mereka, Talita tidak ketinggalan mencuba durian dan menyukainya.
Untuk rekod, Raja Ilya atau nama penuhnya Ramilah Begum Raja Mohammad mula menetap di Perth, Australia pada 2019, selepas mendirikan rumah tangga dengan Trent.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Talita Love Garrett, 4, dan Royal Abraham, 2.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
