'Bukan riak nak tunjuk kekayaan, kami mahu memberi inspirasi kepada orang lain.' Wawa Zainal beri jawapan padu

A
A
A

SEBUT sahaja nama Wawa Zainal, pasti akan terbayang wajah cantiknya yang memiliki lesung pipit pada kedua-dua belah pipi.

Berkulit putih mulus, tubuhnya yang kecil molek dan tetap langsing biarpun sudah memiliki empat cahaya mata.

Wanita penuh pesona itu juga bertuah kerana memiliki pasangan yang serasi dalam membina rumah tangga yang mawaddah.

Wawa

Baca ni Amyra Rosli tak pernah anggap media sosial satu platform toksik. Ini pengalaman yang dikongsikan…

 

Aeril Zafril, lelaki kiriman Tuhan dilihat jodoh terbaik untuknya. Selain rupa paras menarik, Aeril juga senada rentaknya dalam mencorak arah tuju bisnes mereka.

Justeru, tidak hairanlah pasangan selebriti popular itu sering menjadi perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagiaan yang dikongsikan di media sosial.

Sekadar makluman, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9; Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7; Ayya Soffya, 3; dan Muhammad Fahri, 2.

Benarlah kata orang, isteri itu pembawa rezeki. Bermula dengan jualan Wawa Soft Lens, empayar perniagaan selebriti tersebut ‘dimarakkan‘ dengan bisnes kosmetik berskala besar.

Baca ni ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

wawa

Terbaharu, mereka melancarkan produk Wawa Sunscreen Tinted. Meskipun masih baru, namun sambutan yang memberangsangkan telah menjulang adrenalin wanita hebat tersebut. Begitu juga dengan item yang lain.

Jadi, tidak hairanlah apabila diminta memberi definisi kekayaan mengikut perspektifnya, empunya diri dengan nada merendah diri seraya berkata: “Kekayaan adalah sesuatu yang kita impikan.“ Padu, bukan?

Pernah kena tipu

Menguak lagi lembaran hati pemilik empayar Wawa Cosmetics itu dalam satu pertemuan baru-baru ini, Wawa berkongsi liku-liku dan onak duri yang terpaksa ditempuh dari dulu sehingga saat ini.

Kalau diperhalusi, lebih tujuh tahun menerajui perniagaan, Wawa terus mencipta fenomena dengan mengukir kejayaan tersendiri.

Baca ni 'Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.' Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

wawa

“Alhamdulillah, walaupun bukan ‘kaleng-kaleng‘ cabaran yang datang, namun berkat sokongan suami, keluarga dan bantuan staf, segalanya dilalui dengan sempurna.

Bohonglah andai kata semuanya baik-baik belaka, kan? Lumrah dalam dunia bisnes mana ada yang mudah.

“Jatuh bangun itu perkara biasa dan memang tidak seindah yang disangkakan. Soal kena tipu usah cakaplah. Ada kilang yang menjanjikan bulan dan bintang, namun semuanya dusta belaka. Apa pun, saya anggap itu asam garam sebagai usahawan,“ ujar Wawa optimis.

Bukan itu sahaja, untuk menghasilkan produk yang berkualiti bukanlah melalui proses yang mudah.

Sebagai contoh, ujar beliau, formula Wawa Tinted Sunscreen yang baru menembusi pasaran terpaksa ditukar demi mendapatkan kualiti yang paling optimum.

Saat ditanya mengapa pempengaruh terkenal, Dahlia Rizal dipilih sebagai produk, Wawa memberi jawapan yang menyenangkan.

Baca lagi Pembedahan bariatrik, anak sulung viral, jus detoks buatan sendiri. Ziana Zain bicarakan hal itu dalam temu bual eksklusif SinarPlus

wawa

“Ya, saya memang suka benda-benda yang cantik. Sebagai seorang wanita, saya menghargai dan suka melihat wanita cantik lain. Sebab itu, saya pilih Dahlia kerana kagum dengan kecantikan yang beliau miliki.

“Selain wajah yang sempurna untuk mewakili jenama kami, beliau juga merupakan pengguna tegar Wawa Cosmetics. Bukan itu sahaja, Dahlia ada pengaruh tersendiri dan generasi muda menyukai beliau kerana penampilannya yang segar dan menarik,“ ungkap Wawa sambil memberitahu jenamanya turut menampilkan tudung dan pakaian di bawah jenama Selesa By Wawa.

Sempat juga penulis mengusik tentang kejelitaan beliau yang tetap terserlah, meski tiada secalit mekap pun.

Mengukir senyuman dengan lesung pipit yang begitu terserlah, tuan punya badan berkata, sebagai selebriti dan pengusaha produk kecantikan, semestinya penampilan yang rapi wajib dititik beratkan.

“Pada saya, cantik bermula dengan penjagaan kulit. Kalau kulit kita okey tiada masalah, letak sedikit sahaja mekap sudah nampak cantik. Saya sendiri bukan sepanjang masa memakai mekap. Hanya untuk majlis tertentu sahaja. Kalau di rumah atau di pejabat, saya jarang mengenakan solekan.

“Rutin kecantikan saya sama seperti orang lain dan ada pelaburan untuk kulit wajah. Kadangkala saya ke spa. Cuma saya praktikkan penat macam mana sekalipun kena cuci wajah sebelum tidur,“ ujar beliau sambil mengakui anak perempuannya juga 'kaki melawa'.

Baca lagi ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Riak tayang kekayaan?

Persoalan ini harus ditanya memandangkan khalayak sering membangkitkannya. Apa lagi kalau bukan perilaku Wawa dan Ariel yang kononnya nampak riak dan suka menonjolkan kemewahan. Senyuman tadi bertukar kepada gelengan kepala.

“Beginilah, jika kita lihat dari sisi positif, maka benda itu akan nampak positif. Orang boleh berkata apa sahaja, namun saya dan Aeril ada sebab untuk berbuat demikian. Bukan kerana sombong atau nak tunjuk kekayaan, sebaliknya kami mahu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Bayangkan di luar sana ramai yang bergelut untuk berbisnes, tapi belum nampak hasilnya. Sebab itu, kena sabar dan percaya dengan proses. Saya dulu pun untuk sampai ke tahap ini makan masa yang lama. Justeru, saya mahu tunjukkan kepada wanita di luar sana, situasi anda sudah pun saya lalui,“ tegasnya.

Baca lagi Membawa aura persis Wan Zaleha Radzi, pembaca berita TV3, Nadia Azmi curi tumpuan. Turut guna platform TikTok sebar ilmu

wawa

Melengkapkan rencah perbualan, penulis minta empunya diri berkongsi tip kejayaan beliau sehingga mampu berada di puncak seperti sekarang.

Pertama, kongsinya, perlu percaya dengan proses dan cari pasangan yang sehati sejiwa.

“Jika ada perhubungan yang tidak sihat terutama sekali pasangan yang tidak memahami atau menyakitkan kepala, bagaimana anda ada masa mahu fikirkan tentang bisnes lagi?

“Sebab itu kena ada duet yang sentiasa sokong kita dan tidak menimbulkan masalah. Jadi, kejayaan akan lebih dipermudahkan kerana kita mudah untuk fokus dengan sesuatu benda (bisnes),“ kongsi beliau ringkas.

Baca ni ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Karakter anak-anak

Pemilik nama penuh Nur Hawa Zainal Abidin sebelum ini dikenali sebagai anak seni. Namun kini dilihat cukup ligat merencana hala tuju bisnes berbanding kerjaya seni.

Tidakkah terdetik dalam hatinya untuk kembali ke layar perak?

Tulus kata anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu, berlakon atau bisnes kedua-duanya memerlukan komitmen yang tinggi.

“Sementelah sekarang, masa saya lebih banyak di luar negara untuk penggambaran produk dan sebagainya. Soal berlakon, siapa kata tidak rindu kerana saya memang dilahirkan daripada industri itu.

“Pokok pangkalnya, komitmen dan masa sangat mencemburui. Cuma kelebihan memiliki produksi sendiri membolehkan saya slot in untuk mana-mana babak yang sesuai untuk saya. Penat memang penat tapi saya cuba yang terbaik untuk bahagikan masa dengan anak-anak. Pada masa sama, saya enggan lepaskan momen penting terutama melihat anak-anak membesar di depan mata,“ ujarnya.

Alang-alang bercakap soal cahaya mata, penulis terus mengajukan pertanyaan mengenai perkembangan anak sulungnya yang sebelum ini dikatakan mengalami simptom kelewatan pertuturan.

Baca lagi Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

wawa

“Alhamdulillah Attar semakin okey. Selepas jalani terapi, perkembangannya semakin baik dan kini kembali normal seperti rakan-rakan seusianya. Walaupun orang kata anak ramai ini meletihkan, ditambah dengan macam-macam karenah, tetapi itulah momen yang cukup membahagiakan saya sebagai ibu,“ katanya yang nampak begitu sukacita.

Kongsi Wawa lagi, setiap seorang anaknya mempunyai karakter yang berbeza.

Si sulung suka berada dengan dunia sendiri, bermain permainan online dan tidak suka bergaul dalam kelompok ramai.

Sementara zuriat kedua, Hayla seperti sukakan publisiti atau glamor, mekap dan perhatian.

Baca lagi ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

wawa

“Berbeza pula anak ketiga yang belum menunjukkan karakter sebenar, manakala yang bongsu nampak seperti bakal ikut jejak kakaknya (anak kedua),“ dedah Wawa sambil tertawa kecil.

Seperkara, tidak seperti yang digembar-gemburkan, kesibukan dengan urusan kerja membataskan beliau untuk memuat naik momen bersama anak-anak di laman sosial seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Tiada istilah mahu menyembunyikan wajah anak, sebaliknya banyak benda nak kena uruskan. Jadi, masa begitu terhad. Saya tidak sempat berbuat demikian.

“Ditambah dengan komitmen kerja membantutkan hasrat untuk terus berkongsi detik-detik indah bersama anak-anak seperti dahulu,“ ulas Wawa sebelum mengakhiri perbualan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca