DATIN Anne Ngasri, satu nama yang tidak perlu diperkenal lagi. Kecil molek orangnya, namun tetap berjiwa besar.

Dari seorang pelakon dan penerbit, beliau kemudiannya terjun ke dunia politik. Langkahnya seiring dengan suami tercinta, Datuk Mohd Sumali Reduan.anne ngasriBaca ni ‘Nampak sebaya, mama muda jelita macam budak sekolah.’ Datin Anne Ngasri hadiri solat hajat anak ambil SPM jadi perhatian!

Tampil manis dalam persalinan busana kurung daripada Man Kajang, wajah anggun pemilik nama sebenar, Nasriah Ngasri semakin berseri hasil sentuhan tangan jurumekap terkenal, Siadatulnisa ketika sesi fotografi bersama SinarPlus.

Pembuka bicara kami dimulakan dengan perkongsian mengenai sambutan Ramadan dan Syawal baru-baru ini.

Kata ibu kepada enam cahaya mata itu, kali ini cukup bermakna kerana kesemua anak-anaknya ada di rumah.

“Alhamdulillah, anak-anak makin membesar dan rumah kami kembali meriah memandangkan sebelum ini ada yang saya hantar masuk asrama untuk melatih mereka belajar berdikari.

“Kalau diikutkan, air tangan saya sentiasa ditagih anak-anak. Walaupun sibuk, sebagai ibu, menu berbuka dan Syawal disediakan oleh saya sendiri. Pun begitu, tidaklah bermakna menu kena ikut kemahuan setiap orang.

“Sebaliknya, mereka terima apa sahaja yang saya masak. Itulah cara saya praktikkan kepada anak-anak sejak kecil lagi,” dedah beliau yang membahasakan dirinya Anne sambil memberitahu menu ringkas jadi pilihan mereka sekeluarga.

Baca juga Anne Ngasri kini Timbalan Pengerusi Giat MARA, anggun berjubah konvo di majlis graduasianne
Menyambung bicara lanjut tentang masakan, jujur tuan punya badan mengakui itu salah satu terapi dalam dirinya.

“Memasak ibarat terapi dan me time antara saya dan periuk di dapur. Sebagai manusia biasa, ada masanya kita nak bersendirian dan itu buat saya fokus untuk sediakan apa yang ingin dimakan.

“Daripada bahan-bahan mentah sehinggalah siap juadah, semuanya saya buat sendiri tanpa harapkan pembantu. Malah, saya juga tak ambil masa lama untuk masak. Waktu itu, saya tak fikir duniawi,” ungkapnya yang sempat bercanda.

Akui Anne lagi, beliau mula memasak selepas kelahiran anak sulungnya.

Signatur menu
Dedahnya lagi, sebelum itu, rumah yang diduduki dengan bekas suaminya ketika itu tidak mempunyai dapur sehinggakan ibunya datang dan membelikan sebuah dapur kecil.

“Kebetulan waktu itu, bekas suami buka restoran, jadi masa kami banyak dihabiskan di sana. Apabila anak sulung sudah mula belajar nak makan, saya teruja dan rajin nak sediakan sendiri menu untuknya.

“Pada masa sama, ramai yang puji saya masak sedap, itu membuatkan diri jadi bersemangat. Makanan ibarat terapi pada saya sehinggakan mana-mana tempat viral, saya akan pergi. Jika tidak berkesempatan, saya simpan dan ada masa akan ajak kawan-kawan terdekat untuk ke sana,” ujarnya yang rajin melayan makanan viral dan pernah mencuba sehingga ke luar negara.

Baca juga Tahniah! Datin Anne Ngasri terima kurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agonganne 1
Pun demikian kata Anne, sehingga kini signatur menu yang disediakan adalah lauk-pauk dan nasi, sementara untuk juadah berupa kuih-muih dan sebagainya dibeli atau diserahkan kepada orang lain untuk membuatnya.

Biarpun suka memasak dan makan namun penulis begitu takjub kerana dirinya tetap kekal kecil molek. Bila perkara itu diajukan kepada tuan punya badan, beliau hanya ketawa gembira.

“Bukan saja saya, bahkan anak-anak pun suka makan tetapi badan jenis tak membesar,” ungkapnya yang tiada sebarang rahsia kerana dirinya memang suka makan.

Bercerita tentang makanan, kata pelakon sitkom Cili Padi itu, jika pulang beraya di kampung mertua, menu hidangan yang mereka sajikan adalah babat ungkep iaitu masakan orang Jawa. Sementara kalau pulang ke rumah keluarga sendiri, semestinya kurma ayam air tangan ibu kerana itu kegemarannya.

“Cuma dua tahun kebelakangan ini, raya sedikit sunyi tanpa kehadiran ibu mertua yang sudah pulang ke rahmatullah. Anak-anak saya pun sudah besar jadi masing-masing sudah tahu keinginan sendiri. Tak perlu untuk saya uruskan semuanya.

“Jadi nak kata sedih tu tidaklah sangat cuma rindu kenangan indah dulu-dulu , pada masa sama, saya bersyukur kerana dapat melihat anak membesar depan mata sendiri,” ujar pelakon drama Gemersik Berbisik itu lagi.

Kisah Syawal dan masakan kami noktahkan di situ dan beralih kepada hal kerjayanya sebagai ahli politik.

Baca lagi Maintain cantik & awet muda, Datin Anne Ngasri dedah 9 bulan tak sentuh nasianne ngasri 1
Mula aktif dalam bidang tersebut khususnya dalam parti UMNO sejak tahun 2013, Anne kini menduduki kerusi Exco Wanita UMNO Malaysia selain memegang jawatan Timbalan Pengerusi Giat mara.

Sejujurnya beliau sendiri mengakui tidak pernah membayangkan diri akan bergelumang dalam kancah politik.

Semangat mula menerjah diri untuk mencuba atas dorongan suami tersayang.

“Suami ibarat tulang belakang buat diri saya. Beliau juga tak halang apa yang saya suka lakukan termasuklah keluar dengan kawan-kawan, aktiviti sana-sini.

“Dengan kata lain, suami buka ruang untuk saya bebas buat apa yang disukai asalkan tahu batas dan status seorang isteri dan ibu,” ujar penerbit filem Jemputan Ke Neraka itu lagi.

Mengulas lanjut tentang kerjaya politiknya, Anne bagaimanapun mengakui suami dan anak-anak menjadi keutamaan dalam segala hal. Justeru, beliau tidak meletakkan impian setinggi langit dalam bidang berkenaan.

“Saya buat kerana hadiah dan anugerah itu tak semestinya diberikan oleh manusia, tetapi mahu ALLAH terima amalan dan apa yang saya lakukan sekarang. Jika baik di mata DIA, maka baik lah pada masyarakat,” ungkapnya penuh makna.

Iklan

Baca lagi Terbit filem sulung, Anne minta nasihat Darling Ngasrianne 2
Sempat penulis mengusik adakah suaminya seorang yang romantik sepertimana lelaki berusia di luar sana, jawab Anne tidak.

“Faktor usianya yang lebih tua barangkali ditambah dengan pemikirannya yang lebih matang. Sementelah beliau ada tanggungjawab di luar sana terhadap masyarakat. Cuma, suami seorang yang sangat sensitif dan peka pada sekeliling.

“Mungkin terbawa-bawa jiwa orang politik yang sentiasa memahami situasi dan tahu bagaimana untuk membantu. Itulah yang uniknya suami di mata isterinya ini (Anne) kerana dia sentiasa faham diri saya,” dedah Anne.

Pun demikian, jujur beliau mengakui tiada istilah me time berdua bersama suaminya sepanjang 12 tahun usia perkahwinan mereka.

“Kami pernah berdua hanya ketika menunaikan haji sebelum ini. Masa lain, suami kata kena fokus kepada anak-anak yang masih kecil. Sebab itu, ke mana sekali pun suami pergi, dia akan balik tidur di rumah. Jika jauh, dia ‘angkut’ sekali isteri dan anak-anaknya,” kata Anne sambil tertawa.

Baca juga ‘Papa jaga macam anak sendiri.’ Anne Ngasri sedih pemergian Jaafar Onn, imbas kenangan berlakon Cili Padianne 2
Mengocak sedikit ketenangan kolam hati seorang isteri berkenaan persoalan kegusaran di jiwa sementelah kerjaya sang suami yang banyak terbabit dengan pelbagai individu, termasuklah kaum Hawa.

Namun, dengan tenang empunya diri menitipkan kata-kata ini: ”Dunia hari ini macam-macam hal berlaku. Justeru saya bertawakal kepada YANG MAHA ESA. Kami baru 12 tahun dalam alam rumah tangga.

“Masing-masing pernah mengalami kekecewaan dan kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. Insya-ALLAH mudah-mudahan ALLAH akan motivasikan diri kita ke arah yang lebih baik,” ungkapnya jujur.

anne 3

Akademi pelajaran
seorang ibuMenyentuh mengenai didikan yang diterapkan kepada anak-anak, Anne menguak sisi dirinya yang cukup tegas.

Iklan

“Sebagai ibu, saya cuba sehabis baik. Mungkin nampak lemah-lembut tapi sebenarnya garang dan bukan jenis ibu yang terbuka, lebih-lebih lagi bab agama. Saya ada anak lelaki dan mereka perlu tahu tanggungjawab yang bakal jadi pemimpin suatu hari nanti.

“Saya juga terapkan peluk cium anak sebelum keluar rumah. Itu momen yang saya ada untuk diberikan kepada mereka,” jelasnya.

Ditanya bagaimana beliau melayan karenah anak-anaknya, kata Anne itu bukan satu masalah buat dirinya.anne ngasri 4
“Sejak dahulu, saya memang nak lihat anak membesar depan mata. Tak susah sebenarnya kerana pada masa sama ia satu proses belajar dan ibarat sebuah akademi pelajaran untuk menjadi seorang ibu,” ujarnya.

Menyentuh mengenai hubungan akrab yang terjalin antara anak tiri dan anak kandungnya, Anne mendedahkan, itulah doa yang sentiasa beliau titipkan buat anak-anaknya.

“Saya terharu dengan hubungan mereka yang cukup sayang antara satu sama lain tanpa mengira status masing-masing baik anak tiri, anak kandung dan sebagainya.

“Walaupun mereka datang dari ‘kilang’ yang lain namun keakraban mereka itu buat saya bersyukur,” luah Anne dengan nada terharu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!