PELUANG mengabadikan wajah hero idaman Malaya, Alif Satar, 32, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

Meskipun sibuk menjalankan tugas-tugas promosi drama Bukan Sekadar Lafaz yang sedang hangat ditayangkan di TV3, pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar tetap meluangkan masa seketika.

Sebelum kami berbicara tentang hal lain, penulis bertanyakan dulu tentang ‘buah tangan’ terbaharunya memandangkan beliau sudah lama menyepi daripada layak perak.

Sambil tergelak, Alif terus berkata: “Sudah lama saya tak membawa watak romantik dan sweet sebegini. Kali terakhir, ketika saya masih muda dan anak pun baru seorang. Sekarang sudah tiga orang. Terfikir juga dalam hati masih sesuaikah?”

alif satar

Terlalu banyak corat-coret sepanjang menjalani penggambaran drama terbitan Pencil Pictures & Records yang turut dilakonkan oleh Wana Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir dan Malek Mccrone itu.

Baca ni ‘Bukan riak nak tunjuk kekayaan, kami mahu memberi inspirasi kepada orang lain.’ Wawa Zainal beri jawapan padu

“Sebenarnya, naskhah ini berakhir betul-betul dua hari sebelum saya berangkat menunaikan haji bersama isteri. Namun, alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan. Sambutan drama ini juga cukup baik dan ia membuatkan saya rasa lega,” ungkapnya.

Semua orang tahu, kalau sudah namanya Alif, pasti beliaulah yang memegang watak hero. Saat mendengar pernyataan itu, anak kelahiran Kuala Lumpur itu lantas berkata: “Saya akan lakukan yang terbaik untuk setiap peranan yang diberikan. Setiap karaktrer dalam satu-satu drama berbeza walaupun watak yang dibawa itu hero.

“Tiada juga istilah bosan dalam membawakan satu-satu watak. Ada juga sebelum ini saya menjadi seorang yang antagonis, tetapi bukanlah tiba-tiba jadi jahat untuk keseluruhan cerita.

alif satar

“Saya sentiasa terbuka untuk berlakon dalam apa-apa cerita, asalkan boleh beri yang terbaik kepada stesen atau kepada peminat yang suka melihat saya berlakon.” ujarnya.

Baca ni Amyra Rosli tak pernah anggap media sosial satu platform toksik. Ini pengalaman yang dikongsikan…

SURVIVAL
Sepanjang 17 tahun bergelar anak seni, Alif memberitahu penulis, dirinya sama sekali tidak meletakkan sasaran untuk memperoleh anugerah.

“Jika ada orang nak bagi saya ambil. Cuma waktu saya menerima pencalonan untuk drama Pia dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik, saya sudah bersyukur.

“Malah, saya juga tidak meletakkan limitasi sebagai anak seni. Portfolio saya bukan sekadar pelakon, tetapi turut aktif sebagai penyanyi, pengacara dan punya bisnes sendiri. Cuma bidang ini (lakonan) menjadi minat dan telah melahirkan saya dalam industri ini,” tuturnya telus sambil mengakui menjadikan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai ikon versatil lantaran masih bertahan sehingga saat ini.

Sudah menjadi hal yang sangat klise apabila pelakon veteran di Malaysia yang sudah berusia dipinggirkan industri sampai hidup melarat. Apa pandangan Alif mengenainya?

alif satar

“’Benda’ ini rezeki sebenarnya, ada yang nampak susah, tetapi hakikatnya senang. Kita tak boleh melihat secara mata kasar. Lagipun, bukan hanya dunia artis sahaja berlaku sedemikian, orang biasa pun alami hal yang sama.

“Cuma saya sendiri ada perancangan untuk memastikan kelangsungan hidup supaya lebih selesa. Nasihat saya terutama kepada mereka yang baru dalam industri, kena ikhlas dalam apa yang anda lakukan, perbaharui kemahiran dan pastikan sentiasa relevan untuk terus diterima.”

Baca ni ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Begitu juga dengan amalan menyimpan. Menyentuh topik tersebut, pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu mahu masyarakat mencontohi Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Datuk Sheila Majid, Datuk Jamal Abdillah termasuk Datuk Amy Search.

“Mereka semua bukan sahaja mencari rezeki dalam arena seni, tetapi masing-masing memiliki perniagaan sendiri. Mereka sudah mencorak strategi kehidupan masa depan,” katanya membutirkan pandangan.

alif satar

TAK PERLU CIPTA HELAH

Secara peribadi, penulis melihat keharmonian Alif bersama isteri dan tiga anaknya nampak tulus. Bukan dibuat-buat atau demi konten.

Bukan apa, dewasa ini, segelintir selebriti dilihat berlumba-lumba memuat naik kebahagiaan masing-masing di laman media sosial, padahal semuanya auta belaka.

Mereka ada sebab berbuat demikian, sama ada mahu lancarkan produk baharu atau ada projek yang ingin dikongsikan.

Baca lagi Pembedahan bariatrik, anak sulung viral, jus detoks buatan sendiri. Ziana Zain bicarakan hal itu dalam temu bual eksklusif SinarPlus

Jawapan Alif nampaknya sangat berdiplomasi, namun apa yang diperkatakan, ada banyak betulnya.

“Saya tidak suka komen tentang peribadi atau cara pembawaan diri seseorang. Mungkin itu keselesaan mereka, terpulang. Cuma saya lebih suka orang bercerita tentang kerjaya dan bukannya hal peribadi. Masing-masing punya selera tetapi itu bukan laluan yang saya pilih.

“Saya rasa, tidak perlu guna helah atau cipta sesuatu untuk raih perhatian. Kalau sesuatu benda yang kita buat itu bagus, jadi tidak perlu guna cara sedemikian,” ujarnya dengan nada tegas.

alif satar

Tidak terhenti setakat itu sahaja, SinarPlus lontarkan pula persoalan tentang pengaruh besar selebriti terhadap orang ramai.

Umum mengetahui, apa yang dilakukan artis pantas menjadi ikutan. Namun, dalam sesetengah hal, mereka memilih untuk berkecuali lantaran mahu menjaga periuk nasi sendiri. Apa pro dan kontranya?

“Mungkin ada benarnya, segelintir daripada kami (artis) memilih berkecuali kerana ada implikasinya lebih-lebih lagi apabila kita menyuarakan sesuatu pendapat.

“Namun, kita (selebriti) datang dengan tanggungjawab. Jadi, seharusnya gunakan platform yang besar itu untuk membawa ke arah kebaikan. Soal mulut netizen memang tidak boleh ditutup, buat benda baik pun tetap kena kutuk, jadi bergantung pada prinsip masing-masing,” ulas Alif.

Diminta berkongsi resipi mampu bertahan, stabil dan boleh dianggap sebagai seorang selebriti yang sifar kontroversi, kata empunya diri, semuanya bergantung kepada pembawaan diri seseorang.

“Saya menjadi diri sendiri dan selalu anggap kerja itu ibadah dan jika nak buat sesuatu saya akan berfikir terlebih dahulu apa impak kepada orang sekeliling saya,” jelasnya.

Baca lagi ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

HUSBAND MATERIAL
Bersama Alif, selayaknya kami bertanyakan lagi tentang hal kekeluargaan dan tuan punya badan tiada masalah untuk menjawabnya.

Iklan

alif satar

Kalau dilihat, sejak dulu lagi, kebanyakan suami di luar sana dilihat akan melepaskan tanggungjawab kepada isteri untuk menguruskan hal rumah tangga termasuk menjaga anak-anak.

Namun, berbeza dengan figura seni bernama Alif Satar. Suami kesayangan Shadila Halid itu dilabelkan sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang, bertanggungjawab serta mendapat jolokan husband material!

Husband material adalah merujuk kepada lelaki yang memiliki kriteria dan kredibiliti sebagai suami terbaik.

Baca lagi Faezah Elai sanggup perlahankan kerjaya demi anak-anak. Tiada istilah diskriminasi dengan anak tiri!

Bahkan, ada yang mengakui cukup mendambakan sosok suami seperti Alif. Tatkala pujian tersebut diucapkan, beliau menyambutnya dengan ketawa besar.

“Kalau cakap lebih-lebih bunyi macam ustaz pula, kan! Namun, kita ini orang Islam dan sudah ada contoh terbaik iaitu Nabi Muhammad SAW. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tersayang, semestinya kita nak berikan yang terbaik!

“Biarpun sibuk, saya pastikan hal famili mesti diselesaikan. Bunyi macam senang cakap tetapi susah nak buat sebenarnya. Namun, kalau kita buat selalu, itu akan jadi rutin,” ujarnya yang mengulangi kata-kata bahawa setiap apa dilakukan adalah satu ibadah.

Kalau dilihat apa yang dilakukan oleh anak sulung daripada empat beradik itu cukup sederhana.

alif satar

Baca lagi Membawa aura persis Wan Zaleha Radzi, pembaca berita TV3, Nadia Azmi curi tumpuan. Turut guna platform TikTok sebar ilmu

Beliau menjadikan rutin menghantar permata hatinya iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali ke sekolah setiap hari.

“Walaupun balik shooting pukul 1 pagi, saya akan bangun 5.30 pagi. Siapkan mereka bersama-sama isteri dan hantar ke sekolah.

“Anak-anak pun sedia maklum. Walaupun saya balik lambat, mereka tahu esok pagi pasti saya akan hantar mereka ke sekolah,” ujar mantan hos Big Stage itu.
Mungkinkah itu salah satu cara beliau bahagiakan anak-anak dan isterinya?

Iklan

“Itu sudah semestinya! Penat macam mana sekalipun, isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab kita. Jarak rumah ke sekolah lebih kurang 15 minit, itulah masa bersama mereka, berborak tanya itu ini dengan mereka.

“Ada ketikanya saya bawa mereka sekali jika outstation. Mungkin ada yang cakap, ‘kau bolehlah ada duit’. Pada saya, tidak timbul bab itu janji keluarga gembira. Tidak kisahlah terpaksa duduk dalam bilik sempit sekalipun, tak kisah,” ujarnya.

Figura yang mula terjah ke pentas lakonan pada usia 14 tahun apabila terpilih dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys itu turut diajak berdiskusi tentang lelaki metroseksual.

alif satar

Baca ni ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Bagi Alif, tiada masalah kerana beliau dulu sebahagian daripada kelompok berkenaan.

“Saya sendiri sangat menjaga kebersihan dan tampil kemas. Sebab itu saya sokong andai ada mana-mana lelaki berbuat demikian. Penampilan diri memang patut dititik beratkan kerana tanggapan pertama penting terutama nak berjumpa dengan orang.

“Soal lelaki metroseksual zaman sekarang tidak salah. Ada yang nak buat kuku, facial, buat rambut dan sebagainya pada saya tidak salah.

“Ada masanya saya pun teman isteri apabila diajak buat manicure dan pedicure. Cuma jangan terlalu keterlaluan sampai nak buat hidung ke atau potong kening dan sebagainya,” ungkap Alif pada pertemuan penuh santai baru-baru ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang