JIKA sebut nama You Narae dan Maryam, mungkin ada yang ingat itu adalah kembar atau dua insan berbeza. Namun sebenarnya mereka adalah orang yang sama.

Maryam You Narae atau juga dikenali sebagai Maryam DurianKimchi merupakan personaliti media sosial yang meraih peminat menerusi konten yang memaparkan kehidupan harian, aktiviti memasak, isu keibubapaan yang menarik.

Perkenalan dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim yang mesra disapa Ryzal banyak membawa perubahan dalam diri wanita kelahiran Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan itu.

Baca ni 5 tahun peluk Islam Maryam menangis terima hadiah pakej umrah, dedah sudah lama idam ke Tanah Suci

Maryam

Selain berubah status dan bergelar saudara baharu, beliau juga sah menjadi isteri kepada jejaka dari Kelantan itu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia .

Bagi peminat YouTuber, pasti mengenali pasangan itu yang terkenal menerusi Duriankimchi TV YouTube.

Memasuki minggu kedua Ramadan, SinarPlus tampilkan personaliti media sosial itu sebagai penghias muka depan.

Hadir ditemani perunding imejnya, Maryam kurang berbicara tidak seperti yang dilihat di kaca tv.

Namun, selepas seketika, suasana bertukar riuh apabila beliau berkongsi cerita. Lebih-lebih lagi soal yang membabitkan suami dan anak perempuannya, Rina.

“Saya sebenarnya seorang yang introvert. Kalau ikutkan sejak dahulu, saya tak ramai teman dan lebih banyak masa dengan nenek ataupun berkawan dengan haiwan. Tidak seperti Ryzal yang memang mudah mesra orangnya.

Baca lagi ‘Garam kena ada tapi…’Maryam kongsi tip anak berselera makan. Patutlah Rina hirup sup sampai licin!

maryam 4

“Bahkan, Rina banyak ikut perangai ayahnya kalau bab begini. Dia juga suka berkawan baik dengan manusia dan haiwan,”cerita Maryam yang seolah-olah mampu menebak apa yang bermain di fikiran penulis ketika itu.

Enggan membuang masa memandangkan empunya diri ada urusan lain selepas sesi fotografi berkenaan, lantas persoalan mengenai sambutan Ramadan kali ini ditujukan kepadanya.

Diam tak diam, rupa-rupanya sudah enam tahun beliau bergelar saudara baharu.

“Kalau diikutkan sebelum kahwin saya sudah belajar berpuasa. Waktu itu, saya lihat orang Korea yang beragama Islam walaupun tidak makan dan minum (puasa), mereka nampak gembira dan menjalani kerja harian seperti biasa.

“Hati saya sedikit terusik dan teringin nak rasa situasi tersebut, lebih-lebih lagi keseronokan berbuka ramai-ramai,” ungkapnya.

Baca juga Merdunya suara Maryam You Narae, ramai puji vokal sedap. Reaksi Rina menangis jadi perhatian, betul-betul menghayati

maryam 1

Rambang mata
Tahun 2019 melakar sejarah baru buat dirinya selepas sah bergelar isteri. Ryzal banyak membantu dirinya dan pada masa sama, beliau tidak menggunakan status sebagai suami untuk memaksanya untuk satu-satu perkara.

“Pengalaman paling tak dapat dilupakan ketika bertugas sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital, saya seorang sahaja berpuasa dan kawan-kawan asyik tawarkan makanan.

“Bahkan ada yang belikan air kerana mereka pelik lihat saya tidak makan dan minum. Sehinggakan ada yang menyuapkan makanan ke mulut.

“Walaupun sudah terangkan yang saya tak boleh makan kerana berpuasa dan tak halal, namun mereka tidak faham. Pun begitu, saya tidak melatah, lantas makanan itu dikeluarkan daripada mulut dan dibuang tanpa mereka sedari,” ungkapnya lagi.

Tambahnya lagi, walaupun waktu itu dirinya boleh sahaja terus makan diam-diam kerana tiada yang tahu, namun beliau tidak mahu malu di hadapan ALLAH.

Penulis turut bertanyakan sama ada beliau mudah bangun sahur, terus meledak ketawa tuan punya badan.

Baca juga ‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

maryam 2

“Saya seorang yang malas bangun (sahur) dan Ryzal yang akan paksa bangun walaupun sekadar minum atau makan kurma. Kalau waktu berbuka, biasanya saya tidak cerewet di mana-mana pun boleh.

“Cuma kami lebih selesa di rumah. Wajib ada ayam bakar madu, martabak dan roti boom yang letak gula di dalamnya. Tetapi di sini susah nak dapat,” jelas Maryam yang berkongsi menu berbuka kegemarannya.

Menyentuh menu berbuka, dedah wanita berumur 32 tahun itu,dirinya pernah rambang mata melihat pelbagai menu tersedia di bazar Ramadan.

“Memang boleh ‘gila’ kalau jejak kaki ke bazar. Saya terbeli satu paha kambing kerana memang menu itu kegemaran saya.

“Bila dikira-kira, hampir RM400 saya berbelanja. Waktu itu, Ryzal sudah tak kuasa nak melayan, terima sajalah. Lagipun, sekarang selera saya memang lebih kepada menu Malaysia berbanding makanan Korea,”jelasnya yang turut menyediakan pakej berbuka puasa di restoran miliknya.

Baca lagi Dari Seoul ke Kuala Lumpur : Ryzal teruja berpuasa dan berhari raya bersama Maryam di negara sendiri

maryam 3

Menutupi perbualan mengenai puasa dan raya, Maryam yang bakal tampil dengan filem sulung berjudul Mat Tudung Begins mengakui persiapan raya dibuat ala kadar dan akan menyambut raya di kampung suaminya di Kelantan.

Perbualan kami kemudiannya beralih pula kepada minat dalam dunia masakan.

Jelas ibu kepada Rina, jiwanya sudah tertanam dengan minat memasak sejak kecil lagi.

Sementelah beliau tinggal bersama-sama neneknya yang akan menyajikan daripada air tangannya.

“Namun, nenek sering menegah untuk saya belajar (memasak). Bila umur saya 10 tahun, barulah nenek sediki demi sedikit membuka ruang untuk saya belajar resipi yang beliau kongsikan.

“Paling saya banggakan dalam keluarga, saya paling pantang menyediakan dumpling, malah umur 13 tahun saya sudah boleh membuat Topokki,” ungkap anak bongsu daripada dua beradik itu.

Iklan

Kesempatan itu juga, penulis bertanyakan apa ‘jampi’ yang dibacakan sehingga anaknya begitu berselera setiap kali menjamah menu yang disediakan oleh Maryam.

Baca lagi ‘Kelakar, mudah terhibur. Sebiji perangai mommy.’ Gelagat comel Rina ketawa sampai mata tertutup bikin ramai terhibur. Lucu!

maryam duriankimchi

“Kalau diikutkan banyak cara untuk menyediakan masakan untuk keluarga. Justeru, pada saya tiada istilah biarkan sahaja jika tak mahu makan.

“Sepatutnya kita kena rajin-rajinkan cari idea untuk menyediakan menu untuk anak-anak,”ungkapnya gembira apabila melihat anaknya begitu enjoy menikmati hidangan.

Rajin kongsi resipi

Bukan sahaja rajin memasak dan berkongsi resipi di laman sosial, bahkan beliau juga tidak lokek berkongsi tip membuat anaknya berselera makan.

“Awal-awal boleh makan, saya kenalkan Rina, dengan bubur tepung beras selama tiga hari, kemudian tepung pulut tiga hari dan selepas itu nasi yang diletak sayur seperti lobak, bayam dan pelbagai lagi. Setiap menu tersebut, saya buat dalam bentuk tekstur sebelum campur dengan daging atau ayam apabila umur Rina lima hingga enam bulan.

“Memandangkan Rina suka makan nasi dengan telur, jadi menunya akan ada bahan tersebut. Setiap satu menu yang dimasak akan saya frozenkan supya selain mengekalkan kuliti dan juga kesegaran bahan-bahan tersebut,” ujar beliau lagi.

Setiap ibu mahukan yang terbaik dan akan ikut apa jua kesukaan anak-anak. Demikian juga dalam bab pemakanan.

“Bila tengok Rina teruja makan sampai licin siap hirup kuah sehingga tinggal bekas, hilang semua rasa penat waktu nak sediakan hidangan tersebut.

“Sekarang ini apa yang penting adalah anak-anak suka dan makan, itu memadai. Jangan terlalu ‘berkeras’ sangat dengan mereka,” jelas Maryam yang memberitahu Rina seperti dirinya yang sukakan makanan.

Baca lagi Merdunya suara Maryam You Narae, ramai puji vokal sedap. Reaksi Rina menangis jadi perhatian, betul-betul menghayati

Iklan

maryam 5

Selain keterujaan si cilik itu menikmati air tangan ibunya, ramai yang memuji cara makannya yang tidak bersepah seperti segelintir kanak-kanak seusianya.

Rupa-rupanya, beliau mendidik melalui perbuatan dengan mengemas dan menyapu makanan tumpah atau tersisa ketika anaknya sedang makan.

“Saya tak akan marah kerana dia masih kecil. Kalau ada nasi atau sup tumpah, saya terus lap. Jadi Rina nampak dan belajar daripada situ. Tetapi sekarang dia sudah besar, kalau buat tumpah saya tegur supaya tidak berulang.

“Anak-anak akan ikut apa yang ibu mereka buat. Jadi, bila tiba waktu makan anak-anak, kita pun kena makan. Lama-lama anak tahu, oh itu masa untuk makan,” jelasnya yang mendapat tip tersebut melalui pembacaan.

Melihatkan keterujaan beliau memasak pelbagai menu, bagaimana pula beliau berjaya mengekalkan berat badan?

Baca juga ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

maryam 6

Tatkala hal tersebut diajukan, ini jawapan Maryam: “Sejujurnya selepas bersalin memang satu badan berubah. Justeru banyak yang perlu saya lakukan untuk maintainkan berat. Biasanya saya jarang ambil nasi dan lebihkan sayur, protein.

“Saya elak ambil air manis, makanan bergoreng dan tidak miss ambil daging dan ayam untuk kekalkan otot. Selain itu, bermain dengan Rina juga ibarat senaman buat saya,” selorohnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang