SELEBRITI media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering menjadi perhatian. Wanita mualaf itu baru-baru ini menerima hadiah berupa pakej umrah daripada suami, Ryzal Ibrahim menarik perhatian warga maya.

Bakal bertolak pada penghujung Februari, wanita Korea Selatan itu itu tidak menyangka akan menerima kejutan itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Menerusi video yang dikongsi di laman sosial, wanita berusia 32 tahun itu sudah lama menyimpan keinginan untuk di Tanah Suci.

Membelek hadiah telekung daripada suami, Maryam menitiskan air mata tidak menyangka akhirnya impian bakal menjadi kenyataan.

Baca juga: Sentuh Kaabah, masuk raudah & lihat Tiang Aishah, Norreen sayu. ‘Aku rasa malu sangat dekat sini’

Baca juga: ‘Hadiah paling dahsyat, Kaabah depan mata.’ Norreen tunai umrah, anggap sambutan hari lahir paling bermakna

Baca juga: ‘Air mata Almy Nadia cukup bermakna, hadiah jaga anak-anak.’Kasih suami, Fizz Fairuz kongsi video selesai umrah undang sebak

 

“Setahun saya doa nak pergi umrah, macam mana abang boleh dapat ni. Tak sabarnya,” ujarnya sambil menangis.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengakui terharu mendengar pengakuan Maryam dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan umrah yang mabrur. Ujar mereka:

– “Bukan Maryam sahaja menangis, saya yang tengok pun menitik air mata terharu. Tumpang seronok tengok orang dapat peluang jadi tetamu ALLAH.

– “Semoga dikurniakan umrah makbur.”

– “Cantiknya ALLAH susun kehidupan Maryam dan ALLAH pilih dia menjadi seorang Muslim. Semoga mendapat umrah yang mabrur.”

– “Saya happy tapi sebak. Maryam solehah, ibu yang didik ank dengan agama walaupun bru memeluk Islam.”

– “Bukan Maryam sahaja menangis, kita yang tengok pun keluar air mata terharu dan tumpang seronok.”

Baca juga:’Indah perjalanan ALLAH atur’, Angeline Tan & suami tunai umrah ramai titip doa

Baca juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

LIMA TAHUN PELUK ISLAM

Iklan

Maryam terdahulu mengakui menjalani hidup tanpa menganut sebarang agama dan dalam persimpangan memilih agama apa yang tepat sebagai panduan hidu sebelum memeluk Islam kepada sebuah portal berita tempatan.

Takdir ALLAH, perkenalannya dengan Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang ketika itu sedang menuntut jurusan Kewartawan di Universiti Korea, Seoul mula menjentik hatinya untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.

Baca juga: ‘Garam kena ada tapi…’Maryam kongsi tip anak berselera makan. Patutlah Rina hirup sup sampai licin!

baca juga: Rina mirip wajah mommy, Maryam Durian Kimchi pantang bersalin cara Melayu

Iklan

Selepas berkahwin, pasangan itu tinggal Gyeonggi-do, Korea Selatan hingga meraih populariti menerusi perkongsiannya di YouTube Durian Kimchi.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nik You Rina yang kini berusia dua tahun.

Biarpun bergelar saudara baru, Maryam kini memiliki jenama khimarnya sendiri dinamakan Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!