SETIAP kali Ramadan menjelma, minuman kordial akan penuh di rak-rak kedai atau pasar raya.

Paling popular pastinya jenama F&N. Daripada banyak perisa yang diketengahkan, sarsaparilla antara yang paling laris dan menjadi tumpuan.

Mana tidaknya, botol tersebut dihiasi dengan wajah seorang kanak-kanak yang tersenyum riang seolah-olah memanggil-manggil kita merasai keenakan minuman itu.

Baca ni Eleena Sui pilih untuk berhijab penuh, tekad mahu terus kekal istiqamah. Ini cerita pilu di sebalik penghijrahannya

Pada petang Rabu baru-baru ini, SinarPlus bertentang empat mata dengan model berkenaan, Madihah Mohd Firdaus yang sudah pun berusia 25 tahun!

Media sosial yang telah mempertemukan kami. Hanya melayangkan mesej langsung ke laman Instagramnya, Madihah terus menerima pelawaan kami untuk menjadi penghias muka depan SinarPlus.

Pun begitu, beliau memohon keizinan agar sesi fotografi dilakukan pada cuti semester memandangkan dirinya sedang melanjutkan pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem).

Ketibaannya ke Studio A, Sinar Karangkraf ditemani ibu tersayang. Anak gadis itu tampil dengan wajah polos dan ringkas mengenakan seluar slack dan blaus.

Tidak banyak bercakap, namun empunya diri sentiasa tersenyum.

Seusai ditatarias, usikan jurufoto yang mengatakan wajah beliau mirip selebriti tempatan membuatkan senyumannya lebih merekah. Dirinya juga tersipu-sipu malu sambil dengan manja menafikannya.

Baca ni ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

BUKAN LIYANA JASMAY 
Rentak perbualan kami dimulakan dengan bertanyakan reaksi Madihah apabila beliau telah menjadi pusat perhatian ramai sejak dari kecil lagi?
Jawapannya, mudah. Ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.

“Momen menjadi model untuk minuman kordial memang sesuatu yang cukup indah untuk saya kenang. Bayangkan pada waktu itu, saya baru berumur lima tahun. Ayah yang bawa saya ke tempat penggambaran iklan tersebut.

“Lucunya ketika sesi penggambaran, saya buat ‘hal‘ dan mood tidak baik. Saya enggan meneruskan penggambaran walaupun puas dipujuk.

“Biasalah kan budak-budak lagi waktu itu, sehinggalah ayah pujuk nak belikan aiskrim, barulah saya akur. Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup saya,“ katanya tatkala mengimbau kembali kenangan lama.

Terus larut dalam zaman kanak-kanaknya, Madihah mengakui ketika itu bukan beliau sahaja yang datang untuk uji bakat. Sebaliknya, ramai anak kecil lain yang lebih comel termasuk yang berwajah Pan Asian turut serta.

Baca ni ‘Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.’ Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

“Mungkin sudah rezeki, saya yang terpilih. Alhamdulillah, saya menerima royalti sejak berumur lima tahun lagi hinggalah tamat tahun lepas sewaktu usia saya 24 tahun. Selepas itu, F&N telah memilih model baharu.

“Itulah kali pertama dan terakhir saya menjadi model. Bukan tiada minat, cuma saya mahu fokus dalam pelajaran,“ katanya yang juga pernah menjadi wajah untuk sebuah jenama lampin pakai buang.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Madihah merupakan adik kepada penyanyi Nabil yang pernah menjadi anak didik penyanyi Nora dalam program nyanyian, Mentor.

Kakaknya, juga seorang penyanyi, namun kini mengalihkan tumpuan kepada bisnes yang sedang berkembang.

Populariti Madihah tidak keterlaluan untuk penulis katakan seperti bermusim. Masakan tidak, apabila menjelang Ramadan, warganet akan kembali ‘mengulang siaran‘ dengan memuat naik wajahnya.
Hanya tertawa kecil saat mendengarnya, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dirinya sudah terbiasa dengan senario tersebut.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

“Kalau diikutkan, kisah saya mula tular ketika umur saya 18 tahun. Selepas itu, senyap seketika sebelum kembali viral setahun kemudian.

“Gambar itu sebenarnya saya muat naik di Twitter. Tak sangka ada yang cam. Kebetulan, orang yang follow saya ciap semula gambar itu. Daripada situlah mula viral. Lucunya lagi, ada yang komen dan menggelar saya ‘budak sirap‘.

“Saya tak ambil hati pun, malah saya ciap semula komen tersebut. Maka, tersebarlah bahawa kanak-kanak yang tersenyum lebar pada label minuman itu ialah saya,“ ceritanya panjang lebar.

Pendedahan itu sekali gus mematikan ‘spekulasi‘ bahawa model budak kecil itu ialah pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay.

TERIMA USIKAN 
Sambung anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, dek kerana kisahnya yang tular, pihak stesen televisyen mahupun radio mula mengundang untuk sesi temu bual.

“Paling tidak dapat dilupakan, produksi sebuah stesen radio menghubungi Liyana Jasmay dan saya berpeluang bercakap dengannya.

“Saya juga pernah bertemu dengan Liyana di tempat penggambaran ketika saya mengikut abang yang kebetulan berlakon bersamanya,“ ujar beliau.

Bagaimana pula persepsi rakan sekuliah sebaik mengetahui beliaulah kanak-kanak popular itu yang mana wajah comelnya ‘melekat‘ pada botol F&N selama ini?

Sambil ketawa bagi menutup rasa segan, penuntut Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dengan nada manja berkata, ada yang mengusik sambil memanggilnya ‘gadis sirap‘.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

“Memang secara kebetulan saya tengah viral betul-betul ketika berada di kafe kampus, Utem. Kata-kata nakal mereka saya tak kisah dan tak terkesan pun. Senior-senior saya juga usik-usik dengan menyapa saya dengan perkataan ‘sirap, sirap‘. Saya hanya tersenyum dan anggap itu sekadar gurauan,“ tutur peminat tegar anime Jepun itu.

Malah, ujar gadis manis tersebut, beliau memilik lebih ramai kawan baharu dan tiada istilah orang lain mengambil kesempatan ke atasnya.

Iklan

Meskipun gelombang populariti tersebut pantas meletus, Madihah berkata, ia bukan satu batu loncatan untuk meraih glamor.

MINAT ROBOT & PUASA DI KAMPUS 
Kepada penulis, peminat rona merah jambu itu berkata, dirinya ada sebab kukuh kenapa memilih bidang kejuruteraan sebagai fokus dalam pengajiannya.

“Selain gemar melukis dan membaca, saya juga sangat suka dengan robot. Pantang nampak benda berkaitan robot, saya akan terus jadi teruja.

Alhamdulillah, keluarga tidak bantah, sebaliknya memberi sokongan dengan kecenderungan saya,“ ujarnya yang pernah ditawarkan menjadi model ketika sudah dewasa, namun menolak dengan baik disebabkan mahu memberi tumpuan kepada pengajian.

Kata Madihah, beliau sebenarnya lebih senang untuk menerima pelawaan untuk membuat ulasan berbayar.

“Memandangkan ia tidak mengganggu masa kuliah dan sedikit sebanyak menambah pendapatan, jadi saya terima. Setakat ini, rezeki dalam bidang ini murah, cuma saya kena bijak bahagikan masa memandangkan sibuk dengan tugasan kuliah.

“Pun begitu, saya tetap berhati-hati memilih produk yang diberikan. Jika tidak sesuai dan bermasalah hasil makluman orang ramai, saya tak akan buat,“ kongsi Madihah lagi.

Pernyataannya itu terus mendorong penulis bertanyakan pandangan beliau tentang cara influencer masa kini yang menggunakan gimik keterlaluan dan sengaja mencipta kontroversi demi melariskan atau membuatkan sesuatu produk itu dikenali.

Baca ni ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

Tegas Madihah, cara sedemikian tidak wujud dalam kamus hidupnya. Tuan punya badan tetap berpendirian tidak akan sesekali memilih jalan pintas untuk dikenali.

“Saya lebih rela tidak buat daripada memalukan diri sendiri dengan cara murah sebegitu. Bukan sahaja mendapat kutukan, bahkan pendekatan itu akan membusukkan nama sendiri.

Iklan

“Apalah guna glamour, tetapi cercaan yang diterima tak henti-henti. Saya tak mahu orang kenal kita dengan sisi negatif. Lagipun cara begitu takkan membuatkan anda bertahan lama.

“Sama juga dengan pandangan kalau belajar tak tinggi, boleh terkenal dan kaya. Bagi saya, itu bergantung kepada persepsi masing-masing. Saya tetap akan terus menimba ilmu. Ilmu yang kita peroleh tak akan basi atau ada tamat tempoh luputnya,“ ungkapnya penuh penegasan.

Beralih kepada cerita Ramadan, Madihah memberitahu, beliau akan meraikannya di kampus Utem bersama rakan-rakan.

“Kali ini, dapat sedikit kebebasan, bolehlah keluar membeli-belah di bazar, namun saya tetap akan berjaga-jaga,“ ujarnya akan turut bertarawih di kampus atau di masjid berdekatan.

Saat ditanya tentang Aidilfitri, Madihah mengakui tidak sabar untuk menikmati hidangan nasi bukhari yang dihidangkan bersama ayam kuzi dan triflle bahulu.

“Ini menu wajib kami hasil air tangan ibu tersayang. Setiap pagi raya pertama, saudara mara akan serbu untuk makan bersama-sama. Ada juga yang tempah menu itu dengan ibu,“ ujarnya.

Ungkap Madihah, ketika lebaranlah, beliau akan mengambil peluang untuk berbual dan beramah mesra dengan semua orang.

“Bukan mudah kita nak bertemu, inilah masa untuk mengembalikan ukhuwah. Lagipun, hanya setahun sekali saja kita ada peluang sebegini. Saya mahu merasai suasana Hari Raya seperti era sebelum Covid-19,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.