14 bulan kena kuarantin selepas 78 kali diuji positif Covid-19. Lelaki ini jadi bingung

A
A
A

BUKAN sahaja di Malaysia, malah beberapa negara di dunia sedang menerima 'amukan' virus Covid-19 sekali lagi.

Terkini, seperti yang diketahui semua, varian Omicron pula semakin mengganas.

Maka, statistik Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari dan situasi ini memang agak membimbangkan.

Bercakap tentang hal virus, setahu SinarPlus, ada dalam kalangan kita pernah dijangkiti sekali atau dua kali sebelum atau selepas mendapat vaksin atau dos penggalak.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki Turki. Pada mulanya, SinarPlus macam tak percaya sahaja dengan berita yang dilaporkan menerusi media antarabangsa, Oddity Central.

Ya, nampak pelik, tetapi Muzaffer Kayasan, 56, mengejutkan dunia apabila beliau perlu menjalani kuarantin selama 14 bulan kerana masih positif Covid-19 setelah diuji sebanyak 78 kali.

Baca juga Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

Muzaffer dikatakan, hampir berputus asa untuk hidup secara normal disebabkan beliau perlu berkurung selama lebih setahun di hospital termasuk di rumahnya sendiri.

Merujuk laporan itu lagi, lelaki itu disahkan positif pada November 2020 dan dimasukkan ke dalam hospital untuk menerima rawatan.

Walaupun beliau dapat mengatasi gejala yang teruk, tetapi virus itu tetap kekal di dalam badannya.

Malah, setiap kali ujian dilakukan, Muzaffer masih disahkan positif Covid-19 dan keadaan itu memaksanya untuk menjalani kuarantin.

Katanya, kuarantin yang terlalu lama memberikan kesan kepada kehidupan sosial beliau kerana tidak dapat berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan.

"Saya hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap, tetapi isteri dan anak bongsu masih boleh tinggal bersama sepanjang tempoh itu," katanya.

Menjelaskan mengapa tubuhnya menyimpan virus Covid-19 yang terlalu lama, doktor memberitahunya, punca hal itu berlaku disebabkan beliau merupakan pesakit leukimia dan pada masa sama, mengalami gangguan imunisasi badan.

Ubat untuk meningkatkan sistem imun telah diberikan tetapi prosesnya memakan masa yang agak lama dan sukar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Saya tiada masalah lain selain tidak dapat menyentuh ahli keluarga yang tersayang. Itu yang paling sukar. Vaksin juga tidak dapat diberikan atas faktor kesihatan saya.

"Saya menyeru pihak berwajib untuk mencari jalan penyelesaian ke atas masalah yang sedang dialami ini,” katanya meluahkan perasaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang