26 tahun hidupkan watak utama siri Doraemon, pengisi suara Nobita meninggal dunia
MUNGKIN tidak ramai yang mengetahui di sebalik suara watak animasi Nobita dimiliki seorang Wanita.
Yoshiko Ohta pemilik suara watak animasi Nobita dalam siri Doraemon meninggal dunia akibat October lalu serangan jantung pada usia 89 tahun.
Baca juga: Budak Lemas Depan Mata, Gagal Kesan Mak Ayah. Perkongsian Pemuda Kongsi Buka Mata Ramai
Bagaimanapun berita kematiannya hanya dihebahkan 8 November lalu oleh The Theater Echo Theater Company.
Wanita kelahiran Hyogo itu berkahwin dengan pengisi suara Osamu Saka terjun dalam bidang animasi sejak tahun 1947 di bawah pengurusan Takarazuka Revue.
Suara Yoshiko digunakan dalam hampir 2,000 episod Doraemon dari tahun 1979 hingga 2005.
Selain Nobita, Yoshiko turut menyumbangkan suaranya untuk watak Leo dalam animasi Jungle Emperor Leo sekitar tahun 1966, Atsuko Kagami dalam Himitsu no Akko-chan (1969) dan watak Baby Panda dalam animasi Panda! Go, Panda!
Malah suara wanita itu turut digunakan di Hollywood sebagai Mary dalam Peter Pan dan watak Vixey dalam The Fox and the Hound.
Bakat Yoshiko bukan calang-calang. Setelah puluhan tahun menjadi pengisi suara, dia menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2016 di Tokyo Anime Award Festival.
Baca juga: Kontraktor Salah Sambung Paip, 28 Tahun Kakitangan Hospital Tak Sedar Guna Air Kotor Dari Tandas
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: IMDB, Anime News Network, Kompas
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang