BEKAS atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), Aprilio Manganang secara rasminya sudah bernikah dengan kekasihnya Claudia Cvanrhyn baru-barunya.

Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram. Pada awalnya, beliau hanya memuat naik foto dirinya memakai sut biru dengan kemeja putih.

‘Diberkati hari ini.’Demikian tulis Aprilio Manganang di sebuah hotel di Sulawesi Utara. Sehari kemudian, perajurit itu memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen –‘Bebas’.

Baca juga: Dibesarkan wanita, Aprilia Manganang lalui detik indah disahkan lelaki sejati

Claudia tampil anggun memakai gaun berlengan panjang berwarna putih. Senyuman gembira terpancar di wajah pasangan mempelai

CNN Indonesia melaporkan sebelum ini, Aprilio dikenali sebagai atlet bola tampar wanita dengan nama Aprilia Santini Manganang.

Aprilio mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadias yang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.

Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.

Baca juga: Pengakuan bekas Dewi Remaja: ‘Syukur, ALLAH tutup aib saya.

Aprilio menjadi perhatian ramai selepas 28 tahun dibesarkan sebagai wanita. Ujian perubatan mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi.

Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.

Aprilio juga memiliki seorang abang bernama Armansyah Erwiandi Manganang, 33, yang dahulunya dikenali sebagai Amasya Manganang.

Iklan

Baca juga: 20 tahun hidup jadi wanita, tak sangka jantina sebenarnya lelaki

Aprilio dan abangnya, Armansyah. Foto kanan adalah mereka ketika kecil (Kredit foto: Instagram Aprilio Perkasa Manganang)

Armansyah yang terdahulu bekas pemain bola tampar wanita Indonesia turut mengalami masalah hypospadias seperti Aprilio.

Armansyah secara rasmi menukar nama kepada lelaki pada Jun 2021.

Baca juga: Nama anak dipertikai kononnya tidak sesuai dengan jantina. Ini luahan ibunya

Iklan

Sumber: CNN Indonesia

Kredit foto: Instagram Aprilio Perkasa Manganang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.