36 bidan meninggal dunia kerana wabak Covid-19, ini puncanya...

A
A
A

PERANAN dan tanggungjawab seorang bidan sangat penting dalam membantu urusan kelahiran si comel sama ada di rumah mahupun di hospital namun jika tidak berhati-hati, boleh mengundang risiko kepada kesihatan diri.

Seperti kita maklum, tugas seorang bidan sangatlah penting lebih-lebih ketika negara sedang dilanda wabak bahaya yang boleh mengundang maut dengan hanya bersin, batuk mahupun sentuhan sahaja.

Tanpa penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap, golongan bidan ini berisiko berdepan ancaman wabak Covid-19 sehingga boleh meragut nyawa dengan mudah. Jangan pandang remeh hal ini.

36 bidan maut

Apa yang terjadi di indonesia? Statistik menunjukkan seramai 36 bidan meninggal dunia di republik tersebut kerana dijangkiti wabak koronavirus ketika memberi rawatan kepada pesakit.

Pendedahan yang dibuat Ketua Umum Pengurus Pusat Ikatan Bidan Indonesia, Dr Emi Nurjasmi yang dikongsikan dalam Tribunenews itu ternyata mengejutkan ramai pihak.

"Tidak memakai set PPE lengkap membuatkan golongan bidan ini terdedah bahaya. Itu sebabnya saya menekankan peri pentingnya pemakaian PPE yang bersesuaian dengan prosedur operasi standard.

36 bidan maut

"Kami sangat berduka kerana peranan bidan ini penting sebagai petugas di barisan hadapan demi menurunkan angka kematian ibu dan bayi sepanjang penularan wabak pandemik Covid-19," katanya.

Peringatan yang diberikan Dr Emi itu wajar diberikan perhatian kerana bidan adalah petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan dengan ramai pesakit yang mungkin tidak tahu dalam kalangan mereka yang membawa wabak.

36 bidan maut

Lebih menyeramkan apabila pesakit Covid-19 tidak menunjukkan sebarang gejala kerana virus sudah bermutasi. Ini lebih menakutkan kerana tidak tahu siapa pembawa dalam keadaan sekeliling kita.

Bukan sahaja petugas barisan hadapan, kita juga perlu sentiasa berwaspada dan memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri demi menghindari diri daripada jangkitan wabak ini.

Hati-hati ya! Patuh arahan yang telah digariskan. #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang