5 kejadian kanak-kanak memandu pernah tular, 5 tahun paling muda!

KANAK-kanak memandu menjadi topik yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Segalanya menjadi bualan ramai selepas tularnya kisah seorang anak kecil berusia enam tahun di Langkawi.

Tahukah anda, kanak-kanak paling muda pernah memandu yang penulis temui ialah lima tahun? Kecil lagi tu!

Baca juga:‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

Baca juga: Rupanya panjat kerusi ambil kunci, ibu bapa cerita kejadian kanak-kanak 6 tahun pandu kereta

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Bukan calang-calang kebolehan anak-anak ini ya. Tak hanya tahu fungsi-fungsi komponen kereta, malah berani beraksi di jalan raya.

Berikut lima kes kanak-kanak memandu yang pernah tular di laman sosial:

KES 1: KANAK-KANAK LIMA TAHUN PANDU SUV NAK BELI LAMBO, UTAH, AMERIKA SYARIKAT

 

Seorang kanak-kanak lelaki di Utah, Amerika Syarikat menjadi mengejutkan polis lebuh raya apabila memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik ibu bapanya.

Paling mengejutkan ialah usianya baharu lima tahun! Dalam kejadian yang berlaku pada Mei 2020, aksi kanak-kanak lelaki itu yang memandu selaju 51 kilometer sejam (km/j) sehingga disedari oleh polis lebuh raya.

Ketika ditahan kanak-kanak itu hampir menangis. Si kecil yang mempunyai fizikal seperti kanak-kanak berumur lapan hingga sembilan tahun itu memberitahu polis bahawa dia telah bertengkar dengan ibunya kerana enggan membelikan untuknya kereta sport Lamborghini.

Kanak-kanak berkenaan berkata dia mengambil keputusan ke California untuk membelinya sendiri. Namun setelah diperiksa, kanak-kanak itu hanya membawa US$3 sahaja di dalam poketnya!

Siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan mengambil kunci kenderaan yang digantung oleh ibu bapanya di rumah. Paling menakjubkan, kanak-kanak itu dikatakan tidak pernah memandu sebelum ini!

Baca juga: Tahu turunkan hand brake, fungsi pedal minyak, gear undur, kanak-kanak 6 tahun memandu di Langkawi buat netizen terkejut

KES 2: KANAK-KANAK SEMBILAN TAHUN LENJAN PROTON SAGA, NEGERI SEMBILAN

Kanak-kanak sembilan tahun pernah menggemparkan Malaysia apabila memandu sebuah kereta Proton Saga pada Mei 2020 di sebuah daerah di Negeri Sembilan.

Segalanya terbongkar apabila videokanak-kanak itu memandu berdurasi 43 saat tular di laman sosial Facebook.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Siasatan mendapati murid Darjah Tiga itu memandu kereta tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun.

Satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Bapa kanak-kanak berkenaan telah disaman.

Baca juga: Tular video kanak-kanak perempuan dirempuh, melintas jalan melulu. Ibu bapa ikut panduan keselamatan ini

 

KES 3: KANAK-KANAK 10 TAHUN PANDU KANCIL, JOHOR

Kanak-kanak berusia 10 tahun memandu Perodua Kancil pernah menggemparkan negara pada Mei 2022.

Ia tular selepas sebuah video dipercayai dikongsi ibu kepada kanak-kanak berkenaan menjadi viral.

Kanak-kanak itu tidak keseorangan memandu ke sekolah kerana turut membawa dua adiknya yang berusia enam dan tiga tahun pada ruang penumpang hadapan.

Selepas tular, ibu kanak-kanak terbabit menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Baca juga: Tidak perlu banggakan, biar anak 10 tahun pandu kenderaan, ibu bapa boleh dipenjara

KES 4: KANAK-KANAK 11 TAHUN BAWA LORI TANGKI, NEGERI SEMBILAN

 

Iklan

Selepas kejadian di atas, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki jenis HINO.

Video berdurasi 1:18 minit yang beredar di laman sosial ketika itu memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori sebelum meletakkan kenderaan berat itu di tempat parkir.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 menyebabkan bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 39 tahun direman.

Bagaimanapun lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

KES 5: KANAK-KANAK 12 TAHUN, PANDU BAS LIMA JAM BERSIAR-SIAR DI SINGAPURA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mencuri bas dan bersiar-siar dengan kenderaan itu di Timur Singapura.

Kejadian yang berlaku pada April lalu menggemparkan kerana kanak-kanak itu memandu bas berkenaan pada jarak lebih 100 kilometer selama lima jam sebelum kenderaan itu terbabas dan ditinggalkan terbiar di ruangan bas.!

Gambar menunjukkan dia tersenyum apabila dikelilingi pegawai polis dan tangkap layar skrin rakaman kamera pemuka menunjukkan kanak-kanak terbabit memandu di tempat pemandu.

Kes berkenaan masih di dalam siasatan.

Baca juga: [VIDEO] Budak lelaki tunggang motor, rempuh pagar. Rayu bantuan tuan rumah

Iklan

ANAK MEMANDU TANPA PENGAWASAN, IBU BAPA BOLEH DIHUKUM 

Tahukah anda membiarkan kanak-kanak memandu atau mengendalikan kenderaan boleh mengakibatkan ibu bapa dihukum penjara?

Ibu bapa atau penjaga boleh di dakwa di bawah Seksyen 33 Akta Kanak Kanak 2001 yang mana kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.

Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pemilik kenderaan pula boleh di saman di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor. Sabit kesalahan denda tidak kurang RM2,000.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Banyak sekali undang-undang yang sudah diperuntukkan untuk kes sebegini.

Mak ayah dan penjaga, ambil pengajaran daripada kes-kes di atas ini. Usah membiarkan anak yang masih bawah umur mengendalikan kenderaan walaupun di depan rumah!

Kejadian kemalangan membabitkan remaja bawah umur memandu tanpa lesen bukan isu baharu di negara ini.

Banyak sudah kes yang berlaku yang membawa kecelakaan dan kehilangan nyawa. Jadikan ini pengajaran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi