796 bayi ‘hilang’ ditemui dalam tangki najis? Tragedi ngeri di Ireland terbongkar selepas 70 tahun

No Image Caption
A
A
A

BAYANGKAN satu tempat yang sepatutnya jadi pusat perlindungan wanita rupa-rupanya menjadi kubur senyap hampir 800 bayi tak berdosa.

Memang menakutkan apabila tangki najis di bekas premis keagamaan di Tuam, Ireland itu menjadi lokasi pembuangan bayi tanpa nisan dan nama.

Lapor New York Post, kediaman tersebut dikenali sebagai Bon Secours Mother and Baby Home yang kononnya menjadi tempat perlindungan wanita muda.

No Image Caption

Hakikatnya, kebanyakan penghuni terdiri daripada mereka yang mengandung luar nikah dan dipaksa tinggal selama setahun selain bekerja tanpa gaji.

Anak-anak penghuni pula ada yang diambil orang tanpa izin si ibu dan lagi teruk, dibuang seperti sampah di dalam tangki septik.

No Image Caption

Jumlahnya bukan sikit tapi melibatkan 798 bayi dan kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia di rumah itu dan hanya dua jer dikebumi sempurna.

Artikel Berkaitan:

Rekod kematian tak logik

Nak dijadikan cerita, seorang wanita bernama Catherine Corless yang merupakan sejarawan tempatan tak boleh duduk diam bila nampak data rekod kematian yang tak logik.

No Image Caption

Dengan usaha sendiri, wanita itu siasat dokumen-dokumen lama sehinggalah terbongkar sejarah gelap di Bon Secours Mother and Baby Home tersebut.

Tangki septik yang menjadi tempat pembuangan bayi-bayi itu sebenarnya sudah ditemui sejak 1975, namun tak ada sebarang tindakan hinggalah pada tahun 2022.

No Image Caption

Akhirnya satu pasukan forensik khas mula korek tapak itu semula dan proses tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk cari dan kenal pasti semua bayi-bayi.

Mangsa rogol

Kisah benar tersebut bukan sekadar angka apabila Annette McKay percaya, kakaknya iaitu Mary Margaret antara salah seorang bayi yang dibuang ke dalam tangki berkenaan.

No Image Caption

Ibunya melahirkan bayi itu selepas menjadi mangsa rogol ketika berusia 17 tahun.

Lagi menyedihkan, ibunya hanya tahu kematian anaknya selepas diberitahu seorang biarawati dengan nada kejam.

“Anak dosa kamu dah mati.”

Sebenarnya, kalau diikutkan Bon Secours Mother and Baby Home bukannya satu-satunya tempat kebajikan yang wujud pada zaman itu.

No Image Caption

Banyak tempat di bandar berkenaan mengendalikan wanita hamil luar nikah dan kadang-kadang mereka dihantar ke tempat yang lagi kejam.

Walaupun kerajaan Ireland dah minta maaf secara rasmi pada 2014 dan beri pampasan sebanyak lebih RM150 juta kepada mangsa, namun institusi terlibat masih enggan hulur bantuan.

No Image Caption

No Image Caption

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang