KERAJAAN Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menukar minggu bekerja menjadi empat hari setengah sahaja dalam seminggu dan waktu hujung minggu diubah kepada Sabtu dan Ahad.

Menurut kenyataan di Twitter , kerajaan itu memaklumkan bahawa negara itu akan menukar hari bekerja mereka bermula 1 Januari 2022.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Minggu bekerja akan diubah menjadi empat hari iaitu dari Isnin hingga Khamis dan setengah hari pada Jumaat.

“Sabtu dan Ahad akan menjadi hari hujung minggu yang baharu bagi kakitangan kerajaan,” coretnya.

Bagaimanapun, arahan atau panduan khusus berkaitan sektor swasta tidak dinyatakan.

Difahamkan, mereka akan bekerja selama lapan jam pada hari Isnin hingga Khamis iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Manakala pada hari Jumaat pula mereka hanya bekerja dari pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Tambah kenyataan itu lagi, solat dan khutbah Jumaat akan diadakan selepas pukul 1.15 petang sepanjang tahun.

Iklan

Susulan daripada perubahan waktu bekerja tersebut, terdapat kemungkinan bahawa waktu bekerja pada hari Jumaat akan menjadi lebih fleksibel dan boleh memilih untuk bekerja dari rumah.

kerja dari rumah

Iklan

Sementara itu, menurut laporan Agensi, ini antara sebab-sebab kerajaan UAE berkenaan menukar hari bekerja;

1. Hujung minggu yang panjang akan meningkatkan produktiviti dan meningkatkan keseimbangan antara kehidupan dan kerja.

2. Peralihan itu akan memastikan transaksi kewangan, perdagangan dan ekonomi berjalan lancar selepas negara-negara mengikuti waktu hujung minggu Sabtu-Ahad.

Baca juga Teksi terbang bakal beroperasi pada Sukan Olimpik Paris 2024, 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah cuba nasib

3. Memudahkan hubungan dan peluang perniagaan antarabangsa yang lebih kukuh untuk beribu-ribu syarikat yang berpangkalan di UAE dan multinasional.

4. Meningkatkan kesejahteraan sosial, sambil meningkatkan prestasi untuk memajukan daya saing ekonomi UAE.

Dalam pada itu, keputusan berkenaan menjadikan UAE negara pertama yang memperkenalkan minggu bekerja lebih pendek daripada minggu lima hari global.