MALANG tidak berbau, meskipun berpengalaman puluhan tahun terlibat dalam persembahan, ahli akrobatik tidak dapat lari daripada terjatuh.

Situasi cemas dilalui para penonton sarkas di Tyumen, Rusia apabila seorang penghibur sarkas Makhmud Suanbekov, 33, terjatuh pada ketinggian 24 kaki susulan gagal mengimbangi badan ketika membuat persembahan.

Lebih mencemaskan, dalam persembahan itu paling berisiko itu, si ibu, Sairakan Suanbekova, 56, berada di atas kepala lelaki berkenaan dengan hanya berpijak sebelah kaki!

Makhmud dilihat terjatuh daripada ketinggian kira-kira bangunan setinggi dua tingkat itu menyebabkan suasana penonton kecoh.

Berpantang maut sebelum ajal, Makhmud dilihat terjatuh dengan bahagian kaki terlebih dahulu menyentuh lantai.

Baca juga: Tanpa sengaja terhentam kepala keeper hingga temui ajal, pemain bola dirundung rasa bersalah

Tidak sekadar itu, usianya masih panjang, malah dilihat masih berupaya bangun selepas terjatuh dan berjalan terhincut-hincut.

Iklan

Lebih mengejutkan, Daily Mail melaporkan Makhmud tidak mengalami sebarang kecederaan tulang walaupun terjatuh pada ketinggian yang luar biasa itu.

Kebanyakan artis akrobatik yang terjatuh pada ketinggian yang sama mengalami kecederaan yang teruk. Ia amat menakjubkan.

Makhmud (kanan) bersama abangnya, Nursultan.

Difahamkan abang Makhmud yang juga penghibur akrobatik pernah terjatuh sepertinya terpaksa mengambil masa setahun untuk pulih.

Iklan

Baca juga: Lari 367km sebulan, berbasikal 1,300km seminggu, ‘terlebih’ bersukan lelaki hampir maut, perut terpaksa dibedah

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail