Akibat gemar mencuri makanan di dapur, pemilik kucing pasang kunci keselamatan kanak-kanak pada kabinet dapur

A
A
A

BAGI mengelakkan daripada makanan 'dicuri', seorang wanita yang juga pemilik seekor kucing bertindak memasang alat kunci keselamatan kanak-kanak di kabinet dapur rumah miliknya.

Sara Matthews, 47, terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan daripada haiwan peliharaannya bernama Keith itu mencuri makanan dalam diam termasuk membuka pintu peti sejuk.

Kata Matthews, beliau mengambil masa beberapa ketika sebelum menyedari punca kehilangan kesemua makanan tersebut.

"Keith bukan sahaja bijak membuka pintu kabinet dan laci, tetapi dia juga tahu bagaimana untuk membuka pintu peti sejuk.

"Bukan sahaja bimbang Keith akan mengalami obesiti, pada masa sama saya juga khuatir jika dia terperangkap di dalam peti sejuk tanpa sedar," jelas Matthews yang dipetik dari media Britain, The Sun.

Kucing berusia lapan tahun dan memiliki berat sekitar 11 kilogram itu juga gemar menyelongkar tong sampah penduduk setempat bagi mendapatkan makanan.

"Keith boleh makan apa sahaja termasuk sayuran dan kulit pizza," tambahnya lagi.

Keith yang merupakan seekor kucing jalanan telah diselamatkan oleh Matthews di Bristol, Britain dan dikatakan mengalami masalah gangguan kesihatan sehingga perlu mengamalkan diet pemakanan khusus.

Matthews juga difahamkan telah berbelanja sekitar £2,500 (RM14,363) untuk melakukan ujian darah ke atas Keith bagi mengetahui punca kucing tersebut kerap berasa lapar.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang