Akibat tumpahkan gula, ibu mengaku cekik anak 2 tahun, buang mayat di hutan

A
A
A

KEJAMNYA, hanya akibat menumpahkan gula ketika membancuh minuman, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal di tangan ibu sendiri.

Anak adalah kurniaan dan anugerah ALLAH SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga. Kelahirannya adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa.

Ironinya, seorang ibu di Nusa Tenggara Timur, Indonesia didakwa kerana membunuh anak lelaki sendiri.

Penyiasat Unit Penjenayah dan Siasatan Polis Pusat Peranginan Rote Ndao, mendedahkan kematian kanak-kanak lelaki bernama Mikel, 2. Lebih menyedihkan, jasad anak kecil itu tidak diurus sempurna dan ditemui di dalam hutan.

Baca juga: Warganet sayu raungan kanak-kanak 4 tahun enggan makan nasi, dipukul hanger, penyapu, dicucuh ‘lighter’

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Ketua Polis Ndao Aiptu, Anam Nurcahyo berkata Mikel dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri, Rince, 42, pada Jumaat, 15 Julai 2022. Difahamkan punca Rince membunuh adalah kerana jengkel dengan perbuatan mangsa.

“Pelaku kecewa kerana mangsa menumpahkan gula ketika membuat teh,” kata Anam kepada Kompas.com.

wanita berkenaan turut memekap mulut dan mencekik anaknya sehingga mati.

Panik dan bimbang tembelangnya diketahui jiran dan keluarga, Rince membawa mayat Mikel dan membuangnya ke dalam hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Pada mulanya, kata Anam, pada 16 Julai 2022, Rince melaporkan kehilangan anaknya kepada Polis Rote Barat.

Selepas menerima laporan itu, polis kemudian mengeluarkan waran geledah untuk orang hilang.

Baca juga: Kehilangan ibu di usia 3 bulan, ayah 7 tahun, sedihnya kisah pemuda rebah ketika kawad

Baca juga: Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan

Kredit foto: Unsplash (Jeremy Bezanger)

Selepas mayat Mikel ditemui, polis yang diketuai oleh Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Rote Ndao, Iptu Yeni Setiono, memeriksa saksi dan menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Kemudian, hasil siasatan polis mendapati mangsa dibunuh oleh ibunya sendiri.

Rince turut mengakui segala perbuatannya ketika disiasat Unit Siasatan Jenayah Polis Rote Ndao.

Insiden seperti ini amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku. Para ibu harus bijak mengawal perasaan saat apabila berhadapan pelbagai kerenah si kecil.

4 tip mengawal emosi apabila terdetik rasa marah

1-Anak adalah anugerah dan amanah terbesar, jangan kerana penat dijadikan alasan untuk memarahi mereka.

2-Banyakkan istighfar kerana ada kalanya anak adalah ujian buat ibu bapa.

3-Sabar dan ingat, sewaktu kecil ada dalam kalangan kita turut mempunyai pelbagai kerenah.

4-Berdoa kepada ALLAH agar dikurniakan kesabaran yang berpanjangan.

Sumber: Kompas.com, Datuk Dr Hamid Arshat, Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang