Ibu terlalu asyik berkaraoke, tak sedar dua anak jatuh di dalam tangki kumbahan

A
A
A

TRAGIS. Gara-gara terlalu asyik berkaraoke di dalam rumah seorang wanita kehilangan dua anak serentak di Dusun Makmur, Kampung Alurtani I, Tamiang Hulu, Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Memetik laporan Tribunnews. com, dua kanak-kanak terbabit Alfizil Aini, 4, bersama adiknya, Zikra Hidayatullah berusia dua tahun meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh ke dalam tangki kumbahan.

Artikel berkaitanSedih…Anak Mithali Selamatkan Ibu Diperkosa, Tetapi Dibunuh Secara Brutal Oleh Pelaku

Menurut Ketua Polis Tamiang Hulu, Delyan Putra, tangki berkenaan terletak di belakang rumah keluarga mangsa.

tangki kumbahanDUA beradik berusia empat dan dua tahu maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Dusun Makmur, Kampung Alurtani I, Tamiang Hulu, Aceh, Indonesia baru-baru ini.

Sebelum kejadian, ibu mangsa, Suhar berusia 35 tahun sedang membersihkan kolam tersebut, sementelah dua anaknya pula bermain di sekitar kawasan itu.

"Kemudian, Suhar berehat seketika lalu menghabiskan masa berkaraoke di dalam rumah dengan volum yang tinggi.

"Selepas itu, dia (Suhar) menyedari ketidakberadaan anak-anaknya di dalam rumah lantas segera keluar mencari mangsa. Luluh, hatinya apabila menemui dua beradik terbabit kaku di dalam kolam berkenaan," ujarnya.

karoakeSEORANG ibu yang sedang asyik berkaraoke dalam volum tinggi tidak menyedari dua anaknya terjatuh ke kolam dan disahkan meninggak dunia.

Tambah Delyan, wanita terbabit menjerit bagaikan histeria tatkala melihat anaknya terjatuh ke dalam lubang dalam kondisi tidak bergerak.

Artikel berkaitanHaram Bermain PUBG Di Aceh, Ulama Gesa Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai

Jeritan itu didengari oleh jirannya, Sumarlan, 38, yang pantas terjun ke dalam tangki bagi membantu menyelamatkan dua mangsa.

Sebaik sahaja mengeluarkan kedua-dua mangsa Sumarlan bergegas membawa ke bidan desa, namun mereka disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Sumber: Tribunnews. com dan Canva

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang