Anak perempuan sakit mental, ketuk ibu dengan periuk masak hingga maut

Copy of Copy of gambar portal_20240329_073041_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240329_073041_0000
A
A
A

HILANG nyawa ditangan anak. Seorang ibu maut selepas diketuk menggunakan periuk masak oleh anak perempuan di apartment mereka di Presiden Adams House, Bronx, Amerika Syarikat.

Sumber polis berkata, Skydajah Patterson, 26, mengakui memukul ibunya, Selma Mclean, 46, selepas berlaku pertengkaran.

"Saya baru saja membunuh ibu saya,' suspek memberitahu operator kecemasan," kata sumber terbabit.

Pihak berkuasa yang tiba mendapati Selma tidak sedarkan diri dan terdapat kecederaan di kepala dan mukanya.

Malah dilaporkan, Skydajah masih memegang periuk dapur yang dipenuhi darah.

Skydajah turut memberitahu dia menggunakan periuk tersebut untuk memukul ibunya di belakang kepala dan dia melihat wanita berkenaan jatuh pengsan.

Selma dikejarkan ke Hospital Lincoln namun disahkan meninggal dunia.

Mangsa dilaporkan menghubungi polis dua kali menyatakan dia diserang oleh anak perempuannya.

Menurut, seorang lagi anak Selma, Danaeyah Reynolds, 26, Skydajah telah dikeluarkan dari wad psikiatri pada Februari lalu.

'Dia mula mendengar suara dan mula bercakap dengan suara lelaki malam tadi. Ibu maklum dia takut.

"Apabila saya sampai, saya melihat ke dalam dan mendapati darah di atas sofa. sudah terlambat untuk menyelamatkannya," katanya.

Bagaimanapun Skydajah telah ditahan namun tidak berdepan sebarang pertuduhan terhadapnya dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan kesihatan mental.

Skydajah dikatakan mengalami gangguan mental sejak dia kehilangan bayi lelakinya pada bulan Ogos lalu.

Sumber : Metro UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang