SELEPAS imej terperinci Hajarul Aswad, pihak berkuasa Arab Saudi kini mengedarkan pula gambar Maqam Ibrahim (Makam Nabi Ibrahim) di Masjidil Haram di Mekah.

Memetik kenyataan Pengurusan Besar Hal Ehwal Dua Masjid Suci, gambar tersebut tidak pernah dipamerkan ataupun diedarkan kepada umum.

Maqam Ibrahim merupakan batu yang mana Nabi Ibrahim AS berdiri semasa membangunkan Kaabah.

Bekas kedua-dua tapak kaki baginda yang panjangnya 27 sentimeter (sm), lebarnya 14sm dan dalamnya 10sm masih jelas kelihatan.

Bagaimanapun, maqam (al-maqam bermaksud tempat kaki berpijak) bukanlah merujuk pada makam ataupun kubur Nabi Ibrahim AS, sebaliknya ia merupakan binaan yang mengandungi batu hampar kecil terletak berhampiran Kaabah.

Nabi Ibrahim AS pernah berdiri di atas batu itu ketika baginda menyusun bongkah-bongkah batu untuk membina Kaabah sambil dibantu puteranya Nabi Ismail AS.

makam nabi ibrahim
ANTARA imej terperinci Maqam Ibrahim yang didedahkan pihak berkuasa Arab Saudi. Ia merupakan tapak berdirinya Nabi Ibrahim AS ketika membina Kaabah.

Pada hari ini, Maqam Ibrahim dikelilingi bingkai besi berbentuk sangkar burung.

makam nabi ibrahimSementara itu, menurut portal ihram.co.id, berdasarkan ukuran tapak kaki Nabi Ibrahim AS, ahli sejarah Islam, Sheikh Mohd Tahir Al Kurdi menggambarkan Nabi Ibrahim memiliki ukuran tubuh yang lebih kurang sama manusia zaman ini.

Terdahulu, 5 Mei lalu, pihak berkuasa Arab Saudi pertama kali mendedahkan gambar batu hitam yang dikenali Hajarul Aswad secara terperinci di tapak arkeologi terpenting di Masjidil Haram di Mekah.

Menerusi laporan Arab News, Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam dan tempat suci Nabi Ibrahim diambil menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.

Iklan

hajarul aswadTeknologi itu menggabungkan gambar dengan tahap kejelasan yang berbeza-beza untuk menghasilkan sebuah gambar pada resolusi tinggi dari Hajarul Aswad.

Batu berwarna kemerahan dan berbentuk bujur berdiameter 30sm itu terletak di bucu tenggara Kaabah.

Hajarul Aswad diletakkan di dalam bingkai yang diperbuat daripada perak tulen sebagai langkah keselamatan.

Iklan

Sumber: english.alarabiya.net, islamicartdb.com dan islamiclandmarks.com