Bapa bunuh anak kerana jumpa gambar dirinya berpakaian renang wanita

A
A
A

SEORANG lelaki berdepan dengan hukuman penjara sehingga 25 tahun atas kesalahan membunuh dan menanam mayat anak lelakinya berusia 13 tahun di sebuah bukit gara-gara kanak-kanak terbabit menemui gambarnya memakai pakaian renang wanita.

Menurut laporan The Independent, Mark Redwine, 59, melakukan jenayah tersebut sekitar 2012 selepas anaknya menemui gambar dirinya dalam keadaan memakai pakaian renang wanita bersama lampin dewasa dan memakan sesuatu daripada lampin tersebut yang kelihatan seperti najis.

Redwine bagaimanapun pada awalnya mengaku tidak bersalah di mahkamah dengan mengatakan anaknya, Dylan, berkemungkinan mati akibat dibaham oleh binatang buas selepas keluar dari rumah.

Sementara itu, berdasarkan kenyataan saksi, Redwine pernah dilihat melalui laluan berbukit dengan menggunakan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dalam keadaan mencurigakan berhampiran kediamannya di Vallecito, Colorado, Amerika Syarikat.

Abang Dylan, Cory, turut mengesahkan bahawa adiknya telah menemui gambar tersebut ketika mengadakan percutian keluarga pada 2011.

Bapa tiri Dylan, Michael Hall turut mengesahkan dirinya pernah melibat Redwine turun daripada bukit dengan menggunakan sebuah truk pikap pada April 2013.

Gambar hiasan

Redwine juga dikatakan cuba mengelak daripada berbicara dengan Hall selepas lelaki terbabit bertanyakan tentang kehilangan Dylan.

Selepas siasatan dilakukan, pihak berkuasa tempatan menemui beberapa rangka tulang manusia pada Jun 2013 sekitar kawasan laluan ATV sebuah bukit beberapa kilometer daripada kediaman Redwine.

Selain rangka tulang manusia, sebahagian daripada kemeja-T, fon telinga, sepasang kasut, stokin dan getah elestik seluar dalam turut ditemui di kawasan terbabit.

Beberapa helai rambut turut ditemui, namun hasil siasatan mendapati ia bukan milik Dylan. Sementara itu, tengkorak kepala kanak-kanak malang itu ditemui beberapa meter dari lokasi penemuan pertama pada tahun 2015.

Bagaimanapun, telefon bimbit, iPod, beg galas dan dompet tidak ditemuikan di lokasi terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang