TIKAM, kerat dan rebus mayat suami sendiri. Demikian perbuatan yang cukup mengerikan dilakukan oleh seorang wanita.

Suspek kini ditahan polis selepas didakwa membunuh dan memasak bahagian badan lelaki tersebut di dalam periuk di rumah mereka.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Eslamshahr, Tehran, Iran pada 13 Ogos yang lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mirror UK, suspek yang berusia 22 tahun itu bertindak sedemikian selepas mengetahui si suami telah berlaku curang.

Sumber: Newsflash

Penduduk kampung yang terhidu bau busuk daripada rumah pasangan tersebut, kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Baca ni: Demi ibu tercinta, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sepakat batalkan majlis resepsi perkahwinan

Pihak berkuasa yang bergegas ke tempat kejadian menemui bahagian badan mangsa yang sudah dikerat dan direbus di dalam periuk.

Ketika disoal siasat, wanita berkenaan memberitahu terlihat suami dan kekasih di rumah, lalu membawa kepada pertengkaran antaranya dengan suami.

“Saya ternampak wanita itu di rumah lalu bertengkar dengan suami selepas wanita itu beredar. Kemudian, suami membawa pisau. Saya berkata kepada suami, jika menipu saya, beliau harus membunuh supaya dapat menyingkirkan saya dalam hidupnya. Suami kemudiannya menyerahkan pisau kepada saya,” kata wanita berkenaan.

Suspek juga memberitahu, dirinya sudah tidak tahan dengan sikap mangsa yang sering mendera beliau dan anak berusia lima tahun.

Gambar sekadar hiasan

Bukan itu sahaja, mangsa juga dikatakan sering berlaku curang, menyebabkan suspek nekad membunuh pasangannya.

Menurut Ketua Polis Eslamshahr Kolonel Ali Aghakarkhane, pada awalnya keterangan yang diberikan suspek agak bercanggah, namun tidak lama selepas itu, beliau menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.

Rupa-rupanya, pada awal perkahwinan lagi, sang suami dikatakan tidak berminat dengan suspek dan mereka telah berkahwin secara paksa rela.

“Pada malam pertama perkahwinan kami, suami berterus-terang bahawa beliau tidak berminat dengan saya kerana telah menjalinkan hubungan dengan wanita lain,” kongsi suspek.

Baca lagi: ‘Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.’ Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Gambar sekadar hiasan

Begitupun, tiada sebarang kenyataan diberikan suspek mengenai tindakannya merebus mayat si suami yang disifatkan ramai orang sebagai insiden yang cukup mengerikan.

Itulah, dek kerana dendam, sanggup bertindak luar batasan. Apalah yang ada dalam fikiran suspek ketika bertindak memotong dan merebus mayat suaminya sendiri kan.

Sumber: mirror.uk 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan