Tragedi kanak-kanak perempuan 2 tahun dipukul sehingga mati oleh ibu kandung dan bapa tiri…

Bayi 22 bulan diracun dan dipukul ibu dan bapa tiri, 3 bukti dijumpai
Bayi 22 bulan diracun dan dipukul ibu dan bapa tiri, 3 bukti dijumpai
A
A
A

MASIH ingat lagi tak tentang tragedi seorang kanak-kanak perempuan berusia hampir dua tahun yang meninggal dunia akibat dipukul oleh ibu kandung dan bapa tirinya pada tahun 2017?

Ia mengingatkan penulis pada kes pembuangan bayi yang nampaknya semakin menjadi-jadi ketika ini.

Bezanya, kanak-kanak perempuan malang yang diberi nama Eve Leatherland itu, tidak dibuang sebaliknya, telah dicederakan dengan begitu teruk dan zalim sekali. Kecederaan itu diumpamakan seperti si mangsa mengalami kemalangan jalan raya.

American Web Media menyingkap kisah anak malang itu, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati, Eve mengalami keretakan pada kepala dan patah tulang rusuk.

Lebih menyedihkan apabila anak malang itu dikatakan telah sengaja dibiarkan nazak di atas katil sampai meninggal dunia.

Di mana ibu bapa mereka ketika itu? Jawapannya, mereka sedang bermain game dan asyik berbual dengan rakan-rakan di Facebook.

Ketika dibawa ke kamar mahkamah, juri mendengar betapa buruknya perlakuan ibu bayi kanak-kanak itu.

Seorang Pakar Histopatologi, Prof David Mangham memberitahu juri bahawa beliau menemui bukti bahawa Eve sekurang-kurangnya telah diserang sebanyak tiga kali sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada kanak-kanak itu.

David juga menggambarkan bagaimana bayi kecil berkenaan menderita kerana patah 12 tulang rusuk, patah dua tulang tengkorak dan kecederaan dalaman lain.

“Ketika kanak-kanak itu sedang nazak, Leatherland dan Curd menonton TV, bermain permainan video, saling menghantar teks pesanan dan berbual dengan orang lain di Facebook,” kata pakar itu kepada mahkamah.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Al-Quran tak terbakar walau rumah hangus dijilat api, Allahu!

Sementara itu, peguam pendakwa, Sean Brunton memberitahu hakim, Eve yang dibunuh di rumahnya sendiri didapati mengalami kecederaan yang digambarkan oleh pakar perubatan sebagai jenis kecederaan yang sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya.

“Namun kecederaan ini lebih mengerikan kerana mungkin banyak lagi kecederaan yang

dialami oleh anak tersebut sebelum ini.

"Bayi ini juga telah diberikan begitu banyak ubat sehingga dia meninggal, sama ada dia diberi ubat selama beberapa hari untuk cuba menyembunyikan kesan daripada kecederaan teruk yang dialami atau satu  dos banyak dalam beberapa jam sebelum dia meninggal, kita tidak dapat mengatakannya dengan tepat," jelasnya.

Ibu kandung kanak-kanak tersebut, Abigail Leatherland, 27, dan ayah tirinya, Tom Curd,

32, didakwa membunuh anak mereka itu. Namun mereka mengaku tidak bersalah.

Mengikut laporan Metro.co.uk pada 16 November 2019, sehingga tarikh itu, Abigail dihukum penjara tiga tahun atas kesalahan membiarkan anaknya mati manakala Curd pula dihukum penjara minimum 20 tahun atas kesalahan membunuh.

SinarPlus berharap tiada kes sebegini terjadi di negara kita. Pendedahan cerita ini sebagai pengajaran supaya kita menjaga amanah dariNYA ini dengan baik dan sempurna.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang