BEDAK bayi talkum jenama Johnson & Johnson (J&J) amat terkenal di negara kita. Ramai ibu yang memilih menggunakannya untuk bayi.

SinarPlus percaya sesiapa sahaja pasti kenal dengan bedak talkum J&J ini, manakan tidak ia digunakan sejak zaman kanak-kanak malah di pasaran sejak 1894.

Pun begitu, J&J dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan bahawa pihaknya akan menghentikan penjualan bedak bayi talkum terkenal mereka secara global pada 2023.

Menurut laporan Reuters.com, berikut 11 info mengenainya;

1. Difahamkan, selepas menerima pelbagai saman akhirnya J&J akan menghentikan penjualan bedak bayi berasaskan talkum itu di seluruh dunia bermula pada tahun 2023.

2. J&J mengumumkan kenyataan berkenaan selepas lebih dua tahun menamatkan jualan produk itu di Amerika Syarikat (AS) yang telah mengundang ribuan saman daripada pengguna kawasan tersebut yang berhubung dengan keselamatan pengguna.

3. Sebagai sebahagian daripada penilaian portfolio di seluruh dunia, syarikatnya membuat keputusan komersial untuk beralih kepada pengeluaran bedak bayi berasaskan tepung jagung. Bedak bayi berasaskan tepung jagung sudah dijual di negara-negara di seluruh dunia.

4. Sebelum ini J&J telah menamatkan penjualan bedak bayi berasaskan talkum mereka di negara AS dan Kanada bermula tahun 2020.

5. Itu berikutan permintaan semakin menurun dek maklumat yang salah disampaikan mengenai keselamatan produk tersebut sehingga mengakibatkan ramai pengguna bertindak untuk menyaman syarikat gergasi tersebut.

Baca juga Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Bedak bayi talkum J&J dihenti jualan bermula 2023, 11 info ibu perlu tahu

6. Syarikat J&J ini telah menerima sebanyak 38,000 saman daripada pengguna, bahawa produk talkum mereka menyebabkan kanser akibat pencemaran dengan asbestos, sejenis karsinogen yang diketahui.

7. J&J menafikan kenyataan berkenaan dengan menyatakan bahawa ujian saintifik dan kelulusan kawal selia selama beberapa dekad menunjukkan talkumnya selamat dan bebas asbestos.

Iklan

8. Semalam, syarikat tersebut mengulangi kenyataan yang sama ketika mengumumkan hentian jualan produk tersebut.

9. Sebaliknya pada tahun 2018, siasatan Reuters mendapati bahawa syarikat itu selama beberapa dekad mengetahui bahawa asbestos dan karsinogen terdapat di dalam produk talkumnya.

10. Melalui rekod dalaman syarikat, keterangan percubaan dan bukti lain menunjukkan sekurang-kurangnya sejak 1971 hingga awal 2000-an, talkum mentah dan serbuk siap syarikat itu kadangkala diuji positif untuk sejumlah kecil asbestos.

Baca juga 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Iklan

11. Walau bagaimanapun, J&J berulang kali mengatakan produk talkumnya selamat dan tidak menyebabkan kanser sebagai tindak balas kepada bukti pencemaran asbestos yang dibentangkan dalam laporan media di bilik mahkamah dan di Capitol Hill.

Jika begitu, mungkin ibu-ibu boleh beralih kepada bedak bayi talkum keluaran negara kita sendiri selepas ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.