DALAM salah satu cerita Disney, kita sering mendengar kisah seorang puteri berambut panjang terperangkap di dalam istana lama bernama Rapunzel. Puteri cantik itu tidak berani keluar dari bilik kerana dikurung oleh ibu tirinya.

Satu-satunya hiburan yang dilakukannya ialah mencantikkan rambut sehingga menjadi sangat panjang.

Kini, istilah Rapunzel sering disebut untuk mewakili wanita cantik yang juga berambut panjang.

Begitu juga situasi yang terjadi kepada seorang gadis di Indonesia ini apabila nekad untuk tidak memotong rambutnya selama 18 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi perkongsian di laman TikTok, pemilik akaun dikenali @zo_fi12 itu berkongsi foto rambut hitamnya yang panjang dan lebat seakan watak popular Rapunzel.

rambut kelemumur

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan tiada sebarang petua untuk melebat dan menjaga rambutnya itu.

Namun katanya hanya mencuci rambut dengan menggunakan syampu dan minyak urang aring setiap kali menyikat rambut.

Perkongsiannya berjaya meraih lebih 2.7 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi warga maya namun rata-ratanya berasa seram apabila melihatnya.

Iklan

Ujar mereka;

“Syampu berapa botol ni sehari? Conditional berapa sebulan?”

“Tak seram ke masa nak tidur lepas tu bangun dan tengok rambut siapa?”

“Saya rasa dah boleh potong tu, takut jadi pontinak je nanti.”

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

“Kalau keluar malam-malam, tolonglah saya takut.”

“The real Rapunzel telah tiba di Indonesia.”

Apapun cantik juga kan gadis berambut panjang ni…

Iklan

Sumber: suara.com, TikTok zo_fi12

@zo_fi12capek ##fyp ##fypシ ##foryou ##foryoupage ##rapunzel

♬ Panah Asmara – Afgan